Tuesday 17 December 2013

JALAN ROSAK : NURUL IZZAH TIDUR KE?


Salam 1 Malaysia

Selepas menang, Lipan Bara tak pasti berapa kali Nurul Izzah turun kawasan Pantai Dalam khususnya. Mungkin publisiti murahan dengan golongan OKU Yb boleh menambat hati. Tetapi macam mana dengan kita yang celik ini?

Kurang 50 meter daripada Pej Wakil Rakyat Lembah Pantai keadaan jalan amat teruk. Rata-rata majoriti pengguna jalan raya daripada Rumah Mara, PPR Kerinchi dan Kondo Rakyat. Pengguna Jalan tersebut timbul rasa kurang puas hati berkenaan isu ini. 

Apa guna ada wakil rakyat kalau tak nampak penderitaan pengundi? Rasanya Yb Nurul Izzah kalau bersuara amat lantang. Tak kan isu macam ini Yang Mulia Dato Raja Nong Chik kene selesaikan. Kalau dulu YM DRNC sebagai Menteri pasti beliau akan segera diselesaikan tanpa menunggu masa yg lama. 

Dimaklumkan pegawai kanan YB turut menggunakan jalan tersebut, pasti masalah ini sudah sampai ditelingga YB, masih tak nak buat kerja ke?

Berikut gambar yang sempat Lipan Bara tangkap. Mungkin jalan ini akan menjadi sungai sekiranya tiada tindakan diambil.













LIPAN BARA TIDAK AKAN BERTANGGUNGJAWAP DENGAN KOMEN YANG ANDA BERIKAN

Sunday 15 December 2013

PENING......ARR NGAN NURUL IZZAH

Salam 1 Malaysia.

Hari ini Lipan Bara pening arrrrrrrrrrrr

Apa sahaja tindakan kerajaan pasti Nurul Izzah akan kondem. hampir 6 Tahun jadi Ahli Parlimen rasanya nak puji kat Kerajaan BN macam berat je mulut. Apa yang didendam Lipan Bara pun tak pasti. Bukan nak cakap apa lah, Kerajaan BN tak pernah nak menzalimi pengundi pembangkang PKR di Lembah Pantai dan sepatutnya patut beliau ucapkan lah terima kasih.

Apa yang Lipan Bara nak kupas kali ini berkenaan dengan isu cadangan KDN untuk menubuhkan pasukan khas memeranggi Ajaran Sesat dan Ajaran Syiah. Rasanya ini satu langkah berani KDN untuk memastikan Akidah Ahli Sunnah Wal Jammah yang majoriti rakyat Islam Malaysia pegang tidak tercemar. Sebelum itu saksikan video perbualan Nurul Izzah dengan Sinar Online

Link :   Beri Tumpuan Jenayah Berat Sebelum Ajaran Sesat



Diriwayatkan daripada Ibn Abbas katanya: “Pernah aku berada di samping Nabi SAW, bersamanya ada Ali. Nabi SAW bersabda (kepada Ali): “Wahai Ali! Nanti akan muncul di dalam ummatku satu golongan yang mendakwa cintakan Ahlul Bait. Mereka digelar Rafidhah. Perangilah mereka kerana mereka adalah golongan musyrikun.” (Hafiz Nuruddin Ali bin Abi Bakr al-Haithami, Majma’u Az-Zawa’id Wa Manba’u Al-Fawa’id, jilid 10, halaman 22)

Imam al-Bukhari juga mengemukakan hadith ini di dalam kitabnya yang bernama At-Tarikhu Al-Kabir di bawah biografi Ibrahim bin Hasan dengan lafaz “Akan muncul satu golongan, gelaran mereka ialah Rafidhah. Mereka menolak agama.” (Al-Bukhari, At-Tarikhu Al-Kabir, jilid 1, halaman 279-280)

Syeikh Yusuf al-Qaradawi pula mengatakan bahawa penyatuan yang cuba dilakukan oleh golongan Syiah hanyalah bertujuan mengajak golongan Sunni menyertai pegangan Syiah, yang sama sekali bercanggah dengan pegangan Sunni sendiri.

Rasanya semua faham apa yang telah dirungkai oleh Imam Al Bukhari, Ibn Abbas dan Syeikh Yusuf Al Qardawi. Ini mengambarkan Nurul Izzah dengan kurang cerdiknya memberikan kenyataan sedemikian. Untung sangat Lembah Pantai dapat Ahli Parlimen macam ini....puiiiiiiiiiii

Berbalik kepada video tersebut, sebelum ini pihak Pakatan Rakyat sibuk dahulu mengarahkan bilangan Special Branch dikurangkan, untuk makluman SB ditubuhkan untuk menjadi mata dan telingga PDRM bagi membanteras Jenayah. Lipan Bara pening dengan Nurul Izzah ni, banyak sangat pusing, banyak sangat komplen tapi APA PUN TAK BOLEH. Segala Ops PDRM buat untuk banteras jenayah dah tak nampak ke?

Bagi Lipan Bara, Syiah perlu diperangi supaya tidak menjadi barah dalam ikatan perpaduan. Bukti di negara Arab sudah kita lihat Sunni dan Syiah berbunuh sesama sendiri dan perang saudara tercetus. In sha Allah, Malaysia akan selamat sekiranya mengikut pegangan Al Quran dan Hadith.

Akhir kata, tuduhan 40K bangla untuk PRU 13 tu bukan tuduhan melulu ke? Sila buktikan di Parlimen mana? 




LIPAN BARA TIDAK AKAN BERTANGGUNGJAWAP DENGAN KOMEN YANG ANDA BERIKAN

Saturday 14 December 2013

BN LEMBAH PANTAI JUARA RAKYAT : PENYERAHAN NOTA BANTAHAN KENAIKAN CUKAI PINTU


Salam 1 Malaysia,

Walaupun P121 dimenangi PKR tetapi BN Lembah Pantai tidak tidur. BN Lembah Pantai sekali lagi menjadi Juara Rakyat kepada pengundi Lembah Pantai. 

Penyerahan Bantahan Kenaikan Cukai Pintu telah diserahkan terus kepada Datuk Bandar Kuala Lumpur melalui YM Dato Raja Nong Chik. Sekali lagi denyut nadi rakyat didengari, walaupun cadangan untuk menaikkan Cukai Pintu dibuat oleh Agensi Kerajaan sendiri iaitu DBKL. 

Berikut antara gambar semasa penyerahan 










Turut hadir Biro Perumahan & Daftar Pengundi merangkap Timb Ketua UMNO Bhg LP, Sdr Ramlan Askolani, Naib Ketua UMNO Bhg Tn Hj Mohamad Abdullah, Majlis Permuafakatan Persatuan Penduduk & NGO Sdr  Jamsari Ahmad, Kepimpinan UMNO Bahagian serta Ketua Pemimpin Setempat. Penyerahan secara berhemah ini nampak berjaya tanpa ada kekacauan berlaku.

Dikhabarkan esok (17/12/13) Pakatan Rakyat akan mengadakan Perhimpunan untuk membantah kenaikan Cukai Pintu di Dataran DBKL, usaha mereka nampak seperti kurang matang, Kemungkinan perhimpunan esok akan membawa kekacauan sekiranya mereka bertindak diluar kawalan. Pasti juga akan menimbulkan kesesakan lalulintas kepada Warga KL. 

Ada baiknya, Ahli Parlimen Pembangkang bertemu terus dengan Datuk Bandar KL dan menyerahkan Nota Bantahan tanpa perlu berhimpun seperti mana yang dilakukan oleh BN Lembah Pantai. 

Lipan Bara merasakan cara Pakatan Rakyat ini seperti kurang cerdik dan akan menyusahkan warga kota

Demontrasi dah Basi !!!!!!!!!!!!!

Renung-renungkan, selamat beramal.................................


LIPAN BARA TIDAK AKAN BERTANGGUNGJAWAP DENGAN KOMEN YANG ANDA BERIKAN

AKTIVITI BERSAMA RAKYAT : DATO RAJA NONG CHIK VS NURUL IZZAH

Salam 1 Malaysia

Lipan Bara kembali ....

Sempena hujung minggu pasti Ketua Bahagian UMNO, Ahli Parlimen baik dari BN dan PKR akan sibuk dengan program bersama rakyat. Tatkala dengan Banjir yang berlaku di Pantai Timur sudah pasti semua orang disetiap lapisan masyarakat ringan tangan untuk membantu. 

Yang Mulia Dato Raja Nong Chik (YM DRNC), Ketua Bhg UMNO Lembah Pantai dan  Calon BN P121 PRU 13 yang tewas dengan Nurul Izzah terus berbakti.

Difahamkan, sejak jam 7.45 pagi jadual sangat padat YM DRNC. Berikut ringkasanya :-



1) 0745. Majlis Pelancaran Misi Bantuan Banjir Ke Johor dengan kerjasama Skuad Sayang Wanita UMNO Bhg Lembah Pantai dengan Kerjasama NST  oleh YM DRNC bersama YB DS Shafie Apdal


2) 0830. Majlis Perasmian Kursus Pra Perkahwinan anjuran Persatuan Pddk PPR Kg Limau di Surau Ibadurrahman PPR Kg Limau


3) 1030. Merasmikan Karnival Hari Malaysia di Flat Seri Pahang

4) 1630, Press Conference YM DRNC bersama Parti Kompenan BN Lembah Pantai berkaitan serahan borang bantahan terhadap Notis Menyemak Semula Senarai Nilaian kepada pihak DBKL. Untuk makluman notis tersebut akan diserakhan kepada Datuk Bandar Kuala Lumpur yang akan hadir ke majlis tersebut.

Yang peliknya di mana Nurul Izzah apa aktiviti dia untuk masyarakat?, selepas selongkar twitter beliau Lipan Bara dapati rupanya  Nurul Izzah sedang berSolidariti untuk OKU. Bukan nak kata salah tetapi rasanya Kerajaan BN sekarang ini tidak pernah melupakan golongan OKU dan untuk rekod RM 441 juta telah diperuntukan dalam Budjet 2014 untuk golongan terbabit mungkin tidak cukup tetapi OKU masih tidak dilupakan dalam arus perdana.


Nak buat macam mana dah kerja sebagai ahli pembangkangkan, dah bagi bantuan pun masih cakap tiada. Contoh lilhat keratan di bawah, semua Agensi Kerajaan bertungkus lumus memberi bantuan lain pula kata Calon PM Malaysia yang tak tahu bila ni. Tatkala Pantai Timur dilanda banjir, beliau bergesel dengan gadis yang sudah tentu bukan Muhrim di luar negara.


Renung - renungkan, selamat beramal.

Sekian.






LIPAN BARA TIDAK AKAN BERTANGGUNGJAWAP DENGAN KOMEN YANG ANDA BERIKAN

Friday 6 December 2013

AP KUANTAN : JANGAN NAK MENJALAK, ADA BAIKNYA BERKERJASAMA MEMBANTU MANGSA





Salam Takziah kepada mangsa banjir.

Memetik Kepada artikel perkenaan keegoaan Ahli Parlimen Kuantan yang menyalahkan kononya tindakan lambat agensi kerajaan untuk menguruskankan masalah banjir di tempat beliau boleh dilihat seperti EGO dan tiada sikap berterima kasih walaupun Kerajaan BN membantu penggundi dimana menolak Calon BN kawasan tersebut.


Lipan Bara merasakan dalam keadaan banjir ini apa yang penting kita perlu bekerjasama membantu mangsa-mangsa banjir. Agensi kerajaan dilihat telah menggerakan semua aset-aset mereka untuk membantu mangsa tanpa mengira apa pun latar belakang mangsa.

Bagi Lipan Bara juga Ahli parlimen Kuantan perlu mengerakan jentera-jentera pilihan raya mereka untuk menghadapi masalah banjir ini. Mana Angkatan Muda Keadilan? Mana Unit Amal PAS? Mana Skuad Sukarelawan PAS? adakah hanya digunakan untuk merusuh? meramaikan perhimpunan jalanan? Rasanya sekarang inilah mereka patut berbakti. Kalau Stadium Kelana Jaya boleh pebuh untuk Black Out 505, kerah mereka untuk membantu mangsa di Kuantan, Kelantan, Terengganu dan Johor. Dah tiba masanya juga Pembangkang buat Road To Kuantan untuk membantu mangsa.

Tetapi kalau setakat berkokok tanpa membuat apa-apa, ada baiknya duduk diam-diam dan ucapkan terima kasih. Bukan kene bayar pun.

Sekian, terima kasih




LIPAN BARA TIDAK AKAN BERTANGGUNGJAWAP DENGAN KOMEN YANG ANDA BERIKAN

Wednesday 16 October 2013

HARI INI DALAM SEJARAH : NURUL IZZAH DIPULAUKAN LAGI DI LEMBAH PANTAI


Salam 1 Malaysia

Seperti biasa setiap kali Hari Raya Korban semua pihak termasuklah Kerajaan BN, Pembangkang atau pun individu perseorangan akan memberikan sumbangan binatang ternakan untuk penyembelihan.

Tidak ketinngalan dikesempatan ini Nurul Izzah turutlah bersama memberikan sumbangan seekor lembu, tetapi keikhlasan sumbangan hanya Allah SWT yang mengetahui.

Seperti kelaziman, Pemuda UMNO adalah barisan hadapan yang bersedia untuk menjayakan progam-program penyembelihan yang dilaksanakan oleh masyarakat setempat. Nak tumbangkan lembu bukan senang beb, kene guna tenaga-tenaga orang muda baru boleh kan.

Nak dijadikan cerita penyembelihan lembu sumbangan Nurul Izzah ditumbangkan akhir sekali, yang menyedihkan pada awalnya tiada orang yang nak tumbangkan. Urusetia terpekik dan terlolong memohon bantuan. Kelihatan juga pada tempat kejadian "SETPOL" Nurul Izzah hanya pandang dari jauh jadi pemerhati. Apa barang beb, bawak datanglah bala tentera yang berarak kat "Blackout 505" tumbangkan lembu la.

Terbukti, macai-macai Pakatan Rakyat ni semua kurang cerdik, bila bab nak buat rusuhan beratus ribu turun "joint" dan bila bab kemasyaratan seperti biasa UMNO menjadi JUARA. Baik daripada masalah orang kurang upaya sehingga la masalah tanah perkuburan yang berhempas pulas selesaikan adalah orang UMNO.

Bukan bersifat riak tetapi nak tunjukkan kepada masyarakat umum yang buta dan  mengundi PAKATAN RAKYAT .

Renung-renungkan,

Sekian



LIPAN BARA TIDAK AKAN BERTANGGUNGJAWAP DENGAN KOMEN YANG ANDA BERIKAN

Monday 14 October 2013

PEMILIHAN UMNO 2013 : PART IV



Salam 1 Malaysia

Mungkin ada yang ada diantara kita tak tidur malam menanti keputusan penuh Pemilihan UMNO 2013. Silap-silap kem pembangkang pun menantikanya sebab nak kenal PENDEKAR @ FIGHTER-FIGHTER Melayu yang akan ditentang mereka.

Salam tahniah kepada yang dipilih untuk menerajui Sayap UMNO di peringkat Bahagian & Malaysia. Kalah dan menang adat pertandingan, acap kali Lipan Bara menyeru kepada Pewakilan & Calon untuk rapatkan saf sama ada menang atau kalah untuk kelangsungan UMNO.

berikut adalah senarai terkini keputusan PEMILIHAN UMNO 2013

KEPUTUSAN PEMILIHAN PEMUDA

KEPUTUSAN PEMILIHAN WANITA

KEPUTUSAN PEMILIHAN PUTERI





LIPAN BARA TIDAK AKAN BERTANGGUNGJAWAP DENGAN KOMEN YANG ANDA BERIKAN