Hari ini Lipan Bara pening arrrrrrrrrrrr
Apa sahaja tindakan kerajaan pasti Nurul Izzah akan kondem. hampir 6 Tahun jadi Ahli Parlimen rasanya nak puji kat Kerajaan BN macam berat je mulut. Apa yang didendam Lipan Bara pun tak pasti. Bukan nak cakap apa lah, Kerajaan BN tak pernah nak menzalimi pengundi pembangkang PKR di Lembah Pantai dan sepatutnya patut beliau ucapkan lah terima kasih.
Apa yang Lipan Bara nak kupas kali ini berkenaan dengan isu cadangan KDN untuk menubuhkan pasukan khas memeranggi Ajaran Sesat dan Ajaran Syiah. Rasanya ini satu langkah berani KDN untuk memastikan Akidah Ahli Sunnah Wal Jammah yang majoriti rakyat Islam Malaysia pegang tidak tercemar. Sebelum itu saksikan video perbualan Nurul Izzah dengan Sinar Online
Link : Beri Tumpuan Jenayah Berat Sebelum Ajaran Sesat
Diriwayatkan daripada Ibn Abbas katanya: “Pernah aku berada di samping Nabi SAW, bersamanya ada Ali. Nabi SAW bersabda (kepada Ali): “Wahai Ali! Nanti akan muncul di dalam ummatku satu golongan yang mendakwa cintakan Ahlul Bait. Mereka digelar Rafidhah. Perangilah mereka kerana mereka adalah golongan musyrikun.” (Hafiz Nuruddin Ali bin Abi Bakr al-Haithami, Majma’u Az-Zawa’id Wa Manba’u Al-Fawa’id, jilid 10, halaman 22)
Imam al-Bukhari juga mengemukakan hadith ini di dalam kitabnya yang bernama At-Tarikhu Al-Kabir di bawah biografi Ibrahim bin Hasan dengan lafaz “Akan muncul satu golongan, gelaran mereka ialah Rafidhah. Mereka menolak agama.” (Al-Bukhari, At-Tarikhu Al-Kabir, jilid 1, halaman 279-280)
Syeikh Yusuf al-Qaradawi pula mengatakan bahawa penyatuan yang cuba dilakukan oleh golongan Syiah hanyalah bertujuan mengajak golongan Sunni menyertai pegangan Syiah, yang sama sekali bercanggah dengan pegangan Sunni sendiri.
Rasanya semua faham apa yang telah dirungkai oleh Imam Al Bukhari, Ibn Abbas dan Syeikh Yusuf Al Qardawi. Ini mengambarkan Nurul Izzah dengan kurang cerdiknya memberikan kenyataan sedemikian. Untung sangat Lembah Pantai dapat Ahli Parlimen macam ini....puiiiiiiiiiii
Berbalik kepada video tersebut, sebelum ini pihak Pakatan Rakyat sibuk dahulu mengarahkan bilangan Special Branch dikurangkan, untuk makluman SB ditubuhkan untuk menjadi mata dan telingga PDRM bagi membanteras Jenayah. Lipan Bara pening dengan Nurul Izzah ni, banyak sangat pusing, banyak sangat komplen tapi APA PUN TAK BOLEH. Segala Ops PDRM buat untuk banteras jenayah dah tak nampak ke?
Bagi Lipan Bara, Syiah perlu diperangi supaya tidak menjadi barah dalam ikatan perpaduan. Bukti di negara Arab sudah kita lihat Sunni dan Syiah berbunuh sesama sendiri dan perang saudara tercetus. In sha Allah, Malaysia akan selamat sekiranya mengikut pegangan Al Quran dan Hadith.
LIPAN BARA TIDAK AKAN BERTANGGUNGJAWAP DENGAN KOMEN YANG ANDA BERIKAN