Sunday, 15 April 2012

KEBODOHAN ADAM ADLI TESERLAH

Umum tahu kos pendidikan adalah tinggi & keinginan untuk melanjutkan pelajaran juga adalah satu keperluan masa kini. Dengan Ilmu kita akan dipandang mulia, dengan ilmu kita akan lebih dihormati dengan ilmu jugalah kita akan gunakan untuk kelangsungan hidup.

Oleh demikian, atas dasar ingin belajar & atas dasar ingin mendapatkan Ilmu kita perlu untuk belajar setinggi mana pun yang kita mampu sebagai mana disebut dalam hadith :

" Rasulullah S.A.W penah bersabda maksudnya : sesiapa yang menuntut ilmu umpama berjuang dijalan Fisabillilah hingga ia kembali.

Apa kaitan Adam Adli dengan apa yang ingin Lipan Bara katakan?

Yang pasti KEBODOHAN Adam Adli serta Mahasewel & The geng terserlah, mereka sibuk mengusulkan supaya PTPTN dihapuskan. Adakah mereka sedar di Malaysia ini bukan hanya PTPTN yang ada untuk bakal pelajar mohon. Hakikatnya juga, bakal pelajar tidak dipaksa untuk meminjam PTPTN mereka mempunyai banyak pilihan untuk menampung kos pendidikan. Isu yang dibangkitkan ini mengambarkan Adam Adli serta Mahasewel & The geng sebenar nye BODOH dan mudah dimanupulasikan oleh PEMBANGKANG yang bangkrap isu untuk hadapi PRU 13.

Sedarlah wahai MAHASEWEL, anda ini sedang dipermainkan oleh PEMBANGKANG. Adakah anda pasti sekiranya PEMBANGKANG menang PRU 13 mereka akan hapuskan PTPTN? Lihat lah di Selangor, Penang & Kedah adakah mereka sudah tunaikan janji PRU 12 yang lalu? Pembangkang hanya memainkan isu ini untuk menarik undi daripada kalangan pelajar. Kalau lah benar mereka ingin menghapuskan PTPTN kenapa ANWAR IBRAHIM tidak menghalang usul semasa PTPTN ini hendak diperkenalkan. Untuk pengetahuan, Anwar Ibrahim adalah TPM dan antara orang yang berkepentingan untuk PTPTN diperkenalkan.

MELAYU MUDAH LUPA - Tun Dr Mahathir

Melayu mudah lupa
Melayu mudah lupa
Melayu mudah lupa
Dulu bangsanya dipijak

Melayu mudah lupa
Dulu bangsanya retak
Melayu mudah lupa
Dulu bangsanya teriak

Melayu mudah lupa
Dulu bangsanya haprak
Melayu mudah lupa
Dulu bangsanya kelas dua

Melayu mudah lupa
Dulu bangsanya hina
Melayu mudah lupa
Dulu bangsanya sengketa

Melayu mudah lupa
Dulu bangsanya derita
Melayu mudah lupa

Dulu bangsanya kerdil
Melayu mudah lupa
Dulu bangsanya terpencil
Melayu mudah lupa
Tiada daulat
Tiada maruah
Tiada bebas
Melayu mudah lupa
Melayu mudah lupa
Melayu mudah lupa
Sejarah bangsanya yang lena
Tanah lahirnya yang merekah berdarah
Ingatlah
Ingatlah
Ingatlah
Wahai bangsaku
Jangan mudah lupa lagi
Kerana perjuanganmu belum selesai

Semasa pertama kali Lipan Bara mendengar Tun Dr Mahathir membacakan sajak ini di Perhimpunan Agung UMNO 2001, Lipan Bara hanya memikir ini adalah satu peringatan kepada MELAYU khusunya. Tetapi setelah 11 tahun berlalu dan digali pengertian sajak ini sebenarnya Tun Dr Mahathir bukan menceritakan kepada zaman pemerintahan beliau tetapi kepada PEWARIS bangsa pada masa kini. Lihat sahaja senario politik masa kini, beraninya mahasewel and the geng memijak/mencaci PEMIMPIN & Kerajaan BN/UMNO. Adakah mereka tidak sedar perit getik pengorbanan PEMIMPIN terdahulu?

Adakah si Mahasewel ini tidak sedar Kerajaan BN/UMNO berusaha untuk memakmurkan MALAYSIA ini. Betul kata Tun Dr Mahathir, "Melayu Mudah Lupa". Begitu senang untuk si Mahasewel ini melupakan apa yang penah mereka nikmati dahulu. Kepada Mahasewel, rasa nya tak perlu kita pikir jauh, pikir sahaja semasa kita semua dibangku sekolah. Apakah dengan fasiliti yang peruntukan di oleh Kerajaan BN/UMNO itu anda lupa? Adakah itu ZALIM? Berapa yuran yang anda bayar semasa belajar di sekolah? Bayangkan kalau Kerajaan BN/UMNO tidak menyediakan pendidikan kepada rakyat apa akan jadi pada anda sekarang. Kita MELAYU bukan asal dari keluarga senang, tidak mampu untuk bersekolah di sekolah swasta. Pikirlah Mahasewel.

Lipan Bara lagi sedih bila ANWAR IBRAHIM selaku Ketua Pembangkang dan Kroni-kroni nya termasuk Nurul Izzah, AP Lembah Pantai  sendiri mudah untuk menjaja dan memburukan nama MALAYSIA di negara luar. Setiap seorang daripada mereka akan mengatakan Kerajaan BN/UMNO ini ZALIM. Adakah ruang yang diberikan oleh Kerajaan BN/UMNO berikan kepada mereka ini ZALIM? Adakah gaji ANWAR IBRAHIM dapat semasa menjadi Timb Perdana Menteri Malaysia itu atas sebab Kerajaan BN/UMNO ini ZALIM?

Berpijaklah dibumi yang nyata, syukurilah nikmat yang ada. Jangan gadaikan MALAYSIA ini

ALLAH SWT menganugerahkan (kepahaman yang dalam dalam Quran & Sunnah) kepada sesiapa yang dikehendaki. Dan barang siapa yang dianugerahi al hikmah itu, ia benar-benar telah dianugerahi kurnia yang banyak. Dan hanya mereka yang berakallah dapat mengambil sebagai pelajaran.

Surah Al Baqarah, ayat 269

Undi kita hanya satu dan hanya untuk 



Kalaulah PTPTN dihapuskan

Propaganda Pembangkang :

1) Hapuskan PTPTN & Bagi FOC untuk belajar

implikasi
i) Penganguran akan meningkat- pekerja PTPTN tu korang nak campak mana?

ii) Tiada daya saing - pengecualian bayaran balik sekira dapat Kepujian Kelas Pertama, selepas dihapuskan for sure semua study just nak dapat sijil and x pikir pasal pointer

iii) Kemana bakal pelajar/adik-adik kita akan minta bantuan klau tak de PTPTN? Kos di belajar kat IPT atleast 10k-60k, kesian kat parent kita. Banyak lah kne gadai emas,tanah,rumah.......erm...(kire boleh cakap anak derhaka  & zalim kepada ibubapa la siapa2 yang mengusulkan PTPTN dihapuskan)

iv) for sure IPTS akan tutup sebab dah tentu-tentu ramai x mampu belajar kat sana & berlaku la jugak penganguran kepada pekerja-pekerja IPTS.  IPTS pun akan pening macam mana nak bayar gaji pekerja mereka

v) Kerajaan akan terpaksa berbelanja lebih sebab nak bagi SUBSIDI kepada bakal pelajar serta peruntukan yang banyak untuk membina IPT. Habis tu mana nak campak mereka yang memohon masuk IPT kalau tolak cakap Kerajaan BN/UMNO ZALIM.

vi) mendatangkan beban dan defisit yang tinggi kepada MALAYSIA - (senanglah ANWAR IBRAHIM nak pinjam IMF & jual MALAYSIA)

vii) segala peruntukan & perbelanjaan kerajaan terpaksa dihadkan untuk diberikan perhatian kepada pendidikan - so mungkin kerajaan akan kurangkan SUBSIDI minyak, naikan TAX and bende yang bleh kutip as pendapatan kerajaan. 
***p/s: ADAM ADLI & MAHASEWEL & THE GANG, buka buku EKONOMI & belajar konsep KOS MELEPAS.

viii) implikasi kepada rakyat, dah tentu rakyat akan terbeban sekiranya anak mahu sambung belajar, untuk keluarga miskin dah tentu anak-anak dier akan mewarisi pekerjaan ibubapa mereka. Kos pembelanjaan sure akan meningkat sebab Kerajaan dah potong segala jenis SUBSIDI untuk cover kos pendidikan. Daya saing rakyat MALAYSIA akan jatuh, penganguran akan meningkat, makin ramailah golongan kurang cerdik yang akan mewarisi MALAYSIA ini. Mentaliti pun kurang pendedahan

ix) implikasi kepada negara luar. Senang untuk mereka memanipulasikan MALAYSIA sebab semua rakyat kita hanya mampu belajar sampai tingkatan 5 je. Senang untuk mereka menindas MALAYSIA, silap hari bulan kepimpinan MALAYSIA akan dipimpin oleh orang asing dan rakyat hanya jadi BONEKA. 

(kalau lah ini soalan exam, dah tentu aku dapat full mark, banyak kot point...hahahah)


Persoalan kepada anda

1) Mahukah anda jadi BONEKA?
2) Macam mana kita mahu maju dan bersaing dengan negara luar?
3) Mahukah anda menjadi pengemis di negara sendiri?
4) Tak rasa malu ke anda bila tahap pendidikan kita hanya tingkatan 5?
5) Puas hati ke dengan kehidupan anda sekarang? Tidak mahukah anda lihat ANAK BANGSA MALAYSIA ini menjadi salah seorang yang berjaya di DUNIA terutamanya
6) Adakah anda mahu melihat PEWARIS/ANAK-ANAK/ADIK-ADIK kita hidup sekangkang kera dengan ILMU yang kurang
7) Kepada ANWAR IBRAHIM kenapa anda sendiri tidak mahu menentang semasa PTPTN ini dalam proses untuk diperkenalkan, Bukankah semasa PTPTN ini dicadangkan anda seorang MENTERI KEWANGAN MALAYSIA ?

Pikirlah wahai sahabat.....kasihani lah dan  syukurilah apa yang kita nikmati sekarang. Pikir lah nasib anak-anak/adik-adik serta pewaris kita. Kalau tidak mahu melihat anak bangsa kita jadi BONEKA dan MALAYSIA di jajah pikirkanlah pengorbanan dan pahit getir ibubapa untuk bagi sesuap nasi kepada kita serta ingatlah apa yang telah diwariskan dan usaha oleh pemimpin terdahulu untuk membina MALAYSIA seperti hati ini

ingatlah sebenarnya kita ini hanya meminjam dan menjaga harta generasi akan datang. dan hayatilah lagu ini



Hapuskan Pembangkang, Hapuskan MAHASEWEL

Undi kita hanya satu dan hanya untuk 


Hapuskan Pembangkang, Hapuskan Mahasewel.

Diriwayatkan daripada Abdullah Bin Amr Bin Al-Ash r.a: "Aku Pernah Mendengar Rasullah SAW bersabda: " Allah SWT tidak akan mengambil kembali ilmu (agama) dengan mengambil dari (dalam hati manusia, tetapi mengambilnya kembali dengan kematian para ULAMA hingga tidak tersis, laluorang ramai akan mengambil orang-orang bodoh sebagai pemimpin yang apabila orang-orang itu bertanya kepada mereka, mereka akan memberikan jawapan-jawapan yang tidak berdasarkan kepada ilmu. Maka mereka akan berada dalam kesesatan dan menyesatkan orang lain

 
(al-Bukhari)



gambar : pemimpin pembangkang yang menjadi batu api


gambar : Pemimpin Pembangkang Tidak menghormati Majlis Pertabalan Agong


Adakah wajar untuk kita memilih mereka sebagai pemimpin masa hadapan? 

Ditambah lagi dengan ROSAK nya moral ANWAR IBRAHIM, adakah itu yang perlu kita angkat sebagai pemimpin negara? Jangan gadaikan MALAYSIA yang kita cintai ini. Agenda mereka adalah satu, hanya mampu merampas tampok kepimpinan sedia ada dengan menabur janji-janji manis. Propaganda mereka yang dibakar adalah untuk kepentingan peribadi mereka sendiri. 

Ayuh, Lipan Bara menyeru untuk kita rapatkan BARISAN, kalau kita sayangkan MALAYSIA, mari sama -sama kita jatuhkan pembangkang di PRU 13. Jangan mudah lupa, selama ini usaha Kerajaan BN/UMNO lah banyak membantu kita semua daripada kita lahir sehingga lah kita sehingga kini. Kemakmuran yang dianugerahi oleh Allah SWT ini adalah hasil titik peluh pemimpin terdahulu amnya & Kerajaan BN/UMNO khas nya.

Hapuskan Pembangkang, Hapuskan Mahasewel.

Undi kita hanya satu dan hanya untuk