Saturday, 3 November 2012

Betul ke Bohong : Nurul Izah nak sambut Halloween


Sah, demi politik AGAMA ISLAM DIGADAIKAN. Yang melaporkan adalah portal MALAYSIAKINI,  yang ungkapkan PAS PARIT BUNTAR MP, Mujahid Yusof Rawa. BETUL KE BOHONG?

Agak apa fatwa yang akan keluar dari mulut Nik Aziz n Hadi Awang. Inilah jadinya kalau Agama diperjudikan untuk politik.

Nurul Izah, tak nak bagi pendapat ke? Atau setuju dengan kenyataan berikut. Wa, warga Lembah Pantai akan sambut Halloween anjuran PKR.....Betul ke Bohong ni.



BUKTI NURUL IZAH TIDAK BUAT KERJA

Salam 1 Malaysia

Adakah ini bukan tanggungjawap Ahli Parlimen Lembah Pantai, Nurul Izah Anwar.
Mungkin mereka fikir mereka yang bersemadi di PEKUBURAN ISLAM BUKIT C2 ini tidak akan mendatangkan undi kemenangan kepada mereka. Kejadian ini menunjukan Nurul Izah hanya pandai bercakap, tapi tidak buat kerja di kawasan sendiri. Ibarat KERA DI HUTAN DISUSUKAN, ANAK DI RUMAH MATI KELAPARAN.

Untuk pengetahuan, Pintu Masuk Perkuburan Islam Bukit C2 ini tidak sampai 50 meter daripada Pusat Khidmat Masyarakat Ahli Parlimen Lembah Pantai. Ini membuktikan bahawa Ahli Parlimen itu tidak penah ambil tahu tentang perkuburan islam ini.

Walau bagaimanapun, atas rasa tanggungjawap dan rasa keprihatinan UMNO CAW KG PANTAI yang sudah sekian lama mengambil berat tentang hal ehwal di kawasan perkuburan tersebut mengambil tindakan segera untuk usaha baik pulih tembok berkenaan dengan bantuan DATO RAJA NONG CHIK, Ketua Bahagian Lembah Pantai. (proses baik pulih sedang dilakukan dan masih belum siap sepenuhnya)

Secara logik, sepatutnya Nurul Izah perlu untuk menjaga kepentingan pengundi Lembah Pantai tetapi apa yang dilihat segala kerja kemasyarakatan ditanggung oleh DRNC, UMNO Bahagian dan Pej Khidmat Masyarakat BN Lembah Pantai. Nurul Izah hanya tahu memburukan BARISAN NASIONAL dengan menghadiri ceramah di luar Lembah Pantai. 

PAS MEROYAN LAGI

Salam 1Malaysia

Selepas 10 tahun menjadi President PAS dan 8 kali bertanding kerusi parlimen akhirnya Abdul Hadi Awang menawarkan untuk bertanding di kerusi Parlimen Pekan untuk PRU 13.

Mula-mula mereka bercita-cita untuk mengantikan UMNO dan kini mula memasang cita-cita untuk mengalahkan DS NAJIB di Parlimen PEKAN. Gambaran ini sudah cukup membuktikan perjuangan parti dalam PAKATAN RAKYAT sebenarnya mempunyai agenda tersendiri, mereka hanya mahukan kuasa daripada membela nasib rakyat.

Kenapa baru sekarang President PAS ini bercita-cita besar, kenapa di PRU yang lepas Abdul Hadi Awang tidak mahu bertanding di kerusi Parlimen Kubang Pasu menentang Tun Dr Mahathir Mohamad,  kerusi Parlimen Kepala Batas menentang Tun Abdullah Ahmad Badawi atau pun menentang Anwar Ibrahim di Parlimen Permatang Pauh semasa bertanding bawah tiket BN

Apa yang boleh diperkatakan PAS ini sebenarnya UNPREDICTABLE, hari kata haram esok boleh bertukar halal......