Salam 1 Malaysia
Adakah ini bukan tanggungjawap Ahli Parlimen Lembah Pantai, Nurul Izah Anwar.
Adakah ini bukan tanggungjawap Ahli Parlimen Lembah Pantai, Nurul Izah Anwar.
Mungkin mereka fikir mereka yang bersemadi di PEKUBURAN ISLAM BUKIT C2 ini tidak akan mendatangkan undi kemenangan kepada mereka. Kejadian ini menunjukan Nurul Izah hanya pandai bercakap, tapi tidak buat kerja di kawasan sendiri. Ibarat KERA DI HUTAN DISUSUKAN, ANAK DI RUMAH MATI KELAPARAN.
Untuk pengetahuan, Pintu Masuk Perkuburan Islam Bukit C2 ini tidak sampai 50 meter daripada Pusat Khidmat Masyarakat Ahli Parlimen Lembah Pantai. Ini membuktikan bahawa Ahli Parlimen itu tidak penah ambil tahu tentang perkuburan islam ini.
Walau bagaimanapun, atas rasa tanggungjawap dan rasa keprihatinan UMNO CAW KG PANTAI yang sudah sekian lama mengambil berat tentang hal ehwal di kawasan perkuburan tersebut mengambil tindakan segera untuk usaha baik pulih tembok berkenaan dengan bantuan DATO RAJA NONG CHIK, Ketua Bahagian Lembah Pantai. (proses baik pulih sedang dilakukan dan masih belum siap sepenuhnya)
Secara logik, sepatutnya Nurul Izah perlu untuk menjaga kepentingan pengundi Lembah Pantai tetapi apa yang dilihat segala kerja kemasyarakatan ditanggung oleh DRNC, UMNO Bahagian dan Pej Khidmat Masyarakat BN Lembah Pantai. Nurul Izah hanya tahu memburukan BARISAN NASIONAL dengan menghadiri ceramah di luar Lembah Pantai.