Pengorbanan 3 orang anggota PDRM yang terkubur demi mempertahankan tanah air dipersendakan oleh cacai PKR.
Sebelum ini pihak mereka mempersendakan PDRM menggunakan kekerasan untuk menghalang perhimpunan BERSIH tapi mereka semua lupa, pihak keselamatan telah bersama berbincang dengan penganjur sebelum itu tetapi diendahkan.
Sama dengan isu LAHAD DATU, pihak keselamatan juga telah berbincang dan memberikan tempoh 10 hari untuk penceroboh keluar dengan selamat tetapi semalam mereka telah menyerang anggota PDRM. Kerjasama dengan kerajaan Filipina juga telah diusahakan untuk memangil mereka pulang dengan selamat tanpa sebarang kekerasan.
Tetapi kini, keegoan TENTERA KESULTANAN SULU hanya dapat dihalang dengan kekerasan. Bukan mudah untuk kita bertindak kerana melibatkan dua kerakyatan dan umum tahu pihak penceroboh juga adalah Orang Islam dan Melayu sebagai sebuah negara yang majoriti Islam/Melayu pemimpin negara sudah tentu tidak mahu membunuh sesama agama dan bangsa.
Mungkin dipihak yang bukan beragama ISLAM suka apabila melihat kita sesama Islam bergaduh. Mereka juga telah mengatakan ini adalah drama ciptaan UMNO/BN. Tetapi media Filipina dan media asing serta perisik Filipina juga mengesahkan kehadiran penceroboh ini adalah atas jemputan PEMBANGKANG MALAYSIA. So siapa dalang sebenarnya
Memang perairan negara kini dikawal dengan sistem kelengkapan canggih serta anggota yang terlatih tetapi kita kena faham kalau setiap inchi perairan dikawal sudah tentu tiada kes pendatang haram di Malaysia ini. So janganlah kita hendak menyalahkan pihak berkuasa. Memang cakap bolehlah, cuba kita ditempat mereka.
Ada mata lihat, ada telingga dengar.
Sekian.