Salam 1 Malaysia
Sebelum ini Lipan Bara ada terbaca artikel di mana Pakata Rakyat sekarang ini sedang giat merancang strategi untuk menjatuhkan UMNO dari dalam dengan menggunakan penggaruh mereka yang kini ahli UMNO.
Atas sokongan padu kaum MELAYU semasa PRU 13 menolak Pakatan Rakyat mereka merasakan salah satu cara untuk menang PRU 14 ialah "Menjatuhkan UMNO" terlebih dahulu. Tonggak kejayaan BN pada hari ini tidak dinafikan sebab kemenangan wakil UMNO dalam PRU 13.
Kebanyakan Bahagian UMNO pada hari ini ada pertandingan disetiap jawatan dan wujud 2 kem iaitu Kem A & Kem B. Kem A ini terdiri mereka yang menyandang kerusi ataupun mereka yang bertanding mendapat restu daripada Ketua Bahagian manakala bagi Kem B kebanyakan mereka ini menawarkan diri untuk bertanding dan ada di antara mereka ini bertanding atas kepentingan diri sendiri.
Modus operandi Pakatan Rakyat mudah, mereka menggunakan Ex-UMNO yang sekarang ahli Pakatan Rakyat bersama berkempen dalam Pemilihan UMNO kali ini. Mereka ini akan menyusup masuk dalam Kem B dan cuba memburukan kepimpinan sekarang yang kebanyakan dalam Kem A. Apa yang Lipan Bara lihat, mereka akan merosakan pemikiran Pewakilan dan dalam pada yang sama menyemai bibit-bibit kebencian dikalangan Ahli UMNO.
UMNO memang demokrasi, sesiapa boleh bertanding tetapi perlu ingat wadah perjuangan kita sebenarnya sama iaitu menang PRU dan Mertabatkan Agama Islam serta Bangsa Melayu itu sendiri. Parasit UMNO ini perlu dimusnahkan sebelum menjadi VIRUS kepada UMNO itu sendiri.
Kepada Perwakilan, tidak perlu berfikir panjang. Pilihlah calon yang sudah mendapat restu dari pucuk pimpinan tidak perlu kita memperjudikan nasib Bangsa Melayu dan Agama Islam yang kita pegang. Kalau mereka benar-benar perjuangan mereka ikhlas, berkempenlah secara sihat dan tidak perlu untuk memburukan orang lain. Tidak perlu menggunakan EX -UMNO yang terang-terang menghina, mencaci kita semasa PRU tempoh hari.
UMNO adalah parti keramat, sekiranya hancur maka Bangsa Melayu dan Agama Islam juga akan dipinggirkan. Kembalikan kepada perjuangan dan fahami bait -bait lirik lagu UMNO yang kita selalu nyanyikan
Bersatu Kita Bersatu
Dengan Setia Berganding Bahu
Jiwa Teguh Berpadu
Kita Rumpun Melayu
Bersama Kita Bersama
Mendukung Hasrat Semua
Berjasa Pada Bangsa
Agama Dan Negara
Lambang Kita Yang Gagah
Dipandang Mulia Dan Indah
"Bersatu, Bersetia, Berkhidmat"
Cogan Katanya
UMNO Terus Mara
Untuk Rakyat Malaysia
Sekian
LIPAN BARA TIDAK AKAN BERTANGGUNGJAWAP DENGAN KOMEN YANG ANDA BERIKAN !!!!