Monday, 9 April 2012

Mansuhkan PTPTN. Satu Propaganda Pembangkang

Sabda Rasullulah S.A.W yang maksudnya, "Berhati-hatilah kamu dalam berhutang, sesungguhnya berhutang itu mendatangkan kerisauan dimalam hari dan menyebabkan kehinaan disiang hari"


Riwayat al-Baihaqi

Sedia maklum, golongan pelajar/bekas pelajar kini dibebani hutang pelajaran dan kebanyakan adalah daripada pinjaman PTPTN dan hampir majoriti sukar untuk menjelaskan nya.

Sedar tidak sedar, isu ini telah dimainkan oleh Parti Pembangkang yang konon nya ingin menjadi "Hero Malaya". Oleh itu, tercetus nya satu Propaganda untuk dijadikan isu PRU 13, iaitu "Memansuhkan Pinjaman PTPTN" ditambah lagi bila Pencacai Si Mahasewel yang didalangi oleh SMM akan mengadakan  "Himpunan Malaysia Bangkit".

Persoalannya, kenapa isu pinjaman  PTPTN ini dijadikan agenda PRU 13. Jawapanya mudah, sebenarnya Pembangkang ingin mengguna -gunakan Pelajar/Bekas Pelajar. Hasil pemerhatian yang dilakukan, hampir 60%-75% adalah terdiri daripada Pengundi Muda yang rata-rata adalah Pelajar/Bekas Pelajar. Secara tidak langsung, mereka ini juga adalah penentu untuk kemenangan mana-mana parti politik bagi PRU 13.


Oleh yang demikian, terdengar suara sumbang yang menjaja bahawa Kerajaan BN ini Zalim dan Hak Pendidikan Percuma ini perlu dinikmati oleh semua Warganegara Malaysia. Tetapi, secara realitinya, Kerajaan BN juga telah cuba untuk bertolenrasi dengan Pelajar/Bekas Pelajar. Antaranya,

1) "Sistem Ujrah" telah diperkenalkan, melalui penjanjian baru ini, PEMINJAM hanya perlu membayar 1% kepada PTPTN daripada 3 % sebelum ini.

2) Kerajaan melalui PTPTN telah memberikan kelongaran kepada PEMINJAM untuk membayar balik pinjaman melalui potongan gaji. salah satu perkara mudah untuk PRMINJAM membayar balik.

3) Kerajaan BN mengalakan Bakal Pelajar/Ibu Bapa untuk membuka Akaun SSPN  untuk memudahkan anak-anak melanjutkan pelajaran. Melalui skim ini juga, kelongaran Cukai Pendapatan juga boleh diperolehi.

4) Kerajaan BN melalui PTPTN juga boleh memberikan Pengecualian Bayaran Balik sekiranya PEMINJAM memperolehi Ijazah Sarjana Muda dengan Kepujian Kelas Pertama. (p/s : Kepada Adam Adli, ko confirm x dapat)

Pada hemat saya, Kerajaan BN adalah tidak zalim, sekiranya zalim belum tentu kite dapat bernyawa dibumi bertuah MALAYSIA ini. Kepada Pakatan Rakyat, usahlah mainkan isu-isu politik sebegini tetapi kalau hendak diteruskan juga SILA HAPUSKAN PINJAMAN PENDIDIKAN DINEGERI SELANGOR, KELANTAN & PULAU PINANG. Kepada SMM tak perlu untuk anda berjuang untuk Mansuhkan PTPTN ini, majoriti dari anda pun belum habis belajar lagi, ade baik nye belajar sungguh-sungguh dan untung-untung dapat Kepujian Kelas Pertama, secara tak langsung boleh mohon untuk pengecualian bayar balik.


Kepada peminjam PTPTN, dah adat Meminjam, perlu kita untuk pembayar balik.


sebelum mengakhir, suka  untuk saya mengajak anda semua rujuk kepada hadith di bawah ini:


Dari Abu Hurairah r.a, katanya: Rasululullah s.a.w bersabda: “ Roh “orang mati “ yang beriman tergantung (diawang-awangan) dengan sebab hutangnya-sehinggalah hutangnya dibayar oleh warisnya atau orang lain”.

Riwayat Tirmizi


~ RENUNG-RENUNGKAN, SELAMAT BERAMAL.~





"Kerana Mulut Badan Binasa" : Adam Adli Ditumbuk Di Kerinchi

Pepatah Melayu ada mengatakan, "Kerana Mulut Badan Binasa" sinonim ape yang berlaku kepada Mahasewel a.k.a Adam Adli & The Geng. Kebiadapan dan provokasi yang dilakukan telah mengundang kemarahan ditambah lagi kes menurun kan bendera PM Dato Seri Najib Tun Razak. 

Sila rujuk twitter si mahasewel ini:-



Provokasi pertama : 

Mahasewel ini mengatakan sebahagian rumah Flat 4 Tingkat ini telah dibakar dan penduduk dihalau keluar. Untuk pengetahuan semua, jumlah keseluruhan yang telah berpindah dan bersetuju ke atas pembangunan yang akan dilakukan adalah seramai 433 keluarga. Mereka juga adalah rela hati dan bersetuju untuk berpindah SEMENTARA dan bukan nya dihalau serta rumah dibakar. Disebabkan belajar pun tidak habis, KEBEBALAN mahasewel ini juga  adalah tinggi, secara logik akal sukar untuk membakar rumah2 yang didirikan berasaskan BATU tetapi mereka mengatakan rumah telah DIBAKAR.

Provokasi kedua :

Mahasewel ini juga mengajak orang ramai untuk berkumpul dan menunjukan bantahan untuk penduduk yang kononya di tindas, tetapi klau dikirakan tidak sampai 10 orang pun daripada kalangan pelajar yg hadir. Provokasi ini sekiranya berjaya dilakukan, mungkin akan ade pertembungan antara dua kumpulan secara tidak langsung akan menjadikan kerja-kerja yang akan dilakukan terganggu.

Provokasi Ketiga :

Mahasewel ini mengatakan hilang nya sejarah setelah 50 tahun. Persoalan, apekah sejarah yang dimaksudkan? Untuk pengetahuan semua, rumah Flat 4 Tingkat ini sebenarnye adalah dalam keadaan daif, rata-rata rumah ini hanya ada satu bilik itu pun telah diubahsuai oleh penduduk itu sendiri & keluasan adalah dianggarkan tidak sampai 500 kaki persegi. Adakah ini selesa? 

Provokasi Ke-empat :

Mahasewel ini telah naik ke tingkat TIGA, salah satu blok atas alasan mendengar seorang mak cik menangis dan kononya mahu menjadi HERO. Untuk pengetahuan, pihak DBKL membuat pemeriksaan sebelum memecah rumah, semua tindakan dilakukan mengikut SOP yang DBKL tetapkan. Persoalanya, kenapa si Mahasewel ini sibuk -sibuk kacau tugas pihak berkuasa? dan ini MAKANYA.




Untuk pengetahuan semua, Kes ini sebenarnya telah di ambil perhatian oleh Datuk Raja Nong Chik B Datuk Zainal Abidin selaku Ketua UMNO Bahagian Lembah Pantai merangkap Menteri Wilayah Persekutuan & Kesejahteraan Bandar sebelum proses pemindahan 433 keluarga itu dijalankan. Tetapi campur tangan YB PKR Lembah Pantai yang takda fungsi menyebabkan ada  keluarga yang INGKAR untuk berpindah dan termakan PROPAGANDA yang dibawanya. Sebenarnya, dalam plan pembangunan ini, penduduk asal DIPINDAHKAN SEMENTARA ke penempatan baru serta diberi PAMPASAN oleh pemaju & kemudahan-kemudahan yang lain. 

Kerakusan & agenda politik songsang yang diterapkan pembangkang  ke dalam masalah ini menyebabkan kes ini bertambah rumit. Percaya atau tidak, mereka konon nya ingin menjadi HERO dan CEMBURU atas kejayaan BN/UMNO yang telah kembali mendapat kepercayaan rakyat.


dan lihatlah sikap YB PKR LEMBAH PANTAI yang selalu menyalahkan Kerajaan BN/UMNO apabila sesuatu berlaku dan menimpa kepada mereka. Rasenya, klau Adam Adli & Mahasewel and the geng tidak membuat provokasi menurunkan bendera PM satu MALAYSIA belum tentu kenal mereka dan pasti tiada DENDAM yang menghantui mereka yang benci sikap MAHASEWEL & The Geng ini.


Persoalan yang perlu dibangkitkan di sini adalah;-

1) Kenapa YB PKR Lembah Pantai, tidak campur tangan ke atas proses pengambil alihan Rumah PKNS di Jelatek oleh Kerajaan Selangor.

2) Kenapa Adam Adli, yang ibu bapanya tinggal di utara tidak mahu terlibat dalam pempertahankan tapak Madrasah Salihiah daripada dijual.

3) Kenapa mereka berdua ini juga tidak campur tangan kerakusan kerajaan Pulau Pinang yang engan membina masjid di pembangunan Bayan Mutiara?

dan adakah ini semua atas sebab KAWAN & TIDAK BERANI UNTUK LAWAN.

akhir kata, anda mampu mengubahnya