Monday, 9 April 2012

Mansuhkan PTPTN. Satu Propaganda Pembangkang

Sabda Rasullulah S.A.W yang maksudnya, "Berhati-hatilah kamu dalam berhutang, sesungguhnya berhutang itu mendatangkan kerisauan dimalam hari dan menyebabkan kehinaan disiang hari"


Riwayat al-Baihaqi

Sedia maklum, golongan pelajar/bekas pelajar kini dibebani hutang pelajaran dan kebanyakan adalah daripada pinjaman PTPTN dan hampir majoriti sukar untuk menjelaskan nya.

Sedar tidak sedar, isu ini telah dimainkan oleh Parti Pembangkang yang konon nya ingin menjadi "Hero Malaya". Oleh itu, tercetus nya satu Propaganda untuk dijadikan isu PRU 13, iaitu "Memansuhkan Pinjaman PTPTN" ditambah lagi bila Pencacai Si Mahasewel yang didalangi oleh SMM akan mengadakan  "Himpunan Malaysia Bangkit".

Persoalannya, kenapa isu pinjaman  PTPTN ini dijadikan agenda PRU 13. Jawapanya mudah, sebenarnya Pembangkang ingin mengguna -gunakan Pelajar/Bekas Pelajar. Hasil pemerhatian yang dilakukan, hampir 60%-75% adalah terdiri daripada Pengundi Muda yang rata-rata adalah Pelajar/Bekas Pelajar. Secara tidak langsung, mereka ini juga adalah penentu untuk kemenangan mana-mana parti politik bagi PRU 13.


Oleh yang demikian, terdengar suara sumbang yang menjaja bahawa Kerajaan BN ini Zalim dan Hak Pendidikan Percuma ini perlu dinikmati oleh semua Warganegara Malaysia. Tetapi, secara realitinya, Kerajaan BN juga telah cuba untuk bertolenrasi dengan Pelajar/Bekas Pelajar. Antaranya,

1) "Sistem Ujrah" telah diperkenalkan, melalui penjanjian baru ini, PEMINJAM hanya perlu membayar 1% kepada PTPTN daripada 3 % sebelum ini.

2) Kerajaan melalui PTPTN telah memberikan kelongaran kepada PEMINJAM untuk membayar balik pinjaman melalui potongan gaji. salah satu perkara mudah untuk PRMINJAM membayar balik.

3) Kerajaan BN mengalakan Bakal Pelajar/Ibu Bapa untuk membuka Akaun SSPN  untuk memudahkan anak-anak melanjutkan pelajaran. Melalui skim ini juga, kelongaran Cukai Pendapatan juga boleh diperolehi.

4) Kerajaan BN melalui PTPTN juga boleh memberikan Pengecualian Bayaran Balik sekiranya PEMINJAM memperolehi Ijazah Sarjana Muda dengan Kepujian Kelas Pertama. (p/s : Kepada Adam Adli, ko confirm x dapat)

Pada hemat saya, Kerajaan BN adalah tidak zalim, sekiranya zalim belum tentu kite dapat bernyawa dibumi bertuah MALAYSIA ini. Kepada Pakatan Rakyat, usahlah mainkan isu-isu politik sebegini tetapi kalau hendak diteruskan juga SILA HAPUSKAN PINJAMAN PENDIDIKAN DINEGERI SELANGOR, KELANTAN & PULAU PINANG. Kepada SMM tak perlu untuk anda berjuang untuk Mansuhkan PTPTN ini, majoriti dari anda pun belum habis belajar lagi, ade baik nye belajar sungguh-sungguh dan untung-untung dapat Kepujian Kelas Pertama, secara tak langsung boleh mohon untuk pengecualian bayar balik.


Kepada peminjam PTPTN, dah adat Meminjam, perlu kita untuk pembayar balik.


sebelum mengakhir, suka  untuk saya mengajak anda semua rujuk kepada hadith di bawah ini:


Dari Abu Hurairah r.a, katanya: Rasululullah s.a.w bersabda: “ Roh “orang mati “ yang beriman tergantung (diawang-awangan) dengan sebab hutangnya-sehinggalah hutangnya dibayar oleh warisnya atau orang lain”.

Riwayat Tirmizi


~ RENUNG-RENUNGKAN, SELAMAT BERAMAL.~