"ZALIM" bermaksud tidak berperikemanusian, tidak adil, menganiaya dan kejam.
Sumber : Kamus Dewan Edisi Ke-4.
Modal politik Pembangkang, mereka akan salahkan Kerajaan BN/UMNO sekiranya sesuatu yang berlaku walaupun berkaitan keluarga mereka sendiri. Walaupun keputusan itu adalah baik untuk rakyat.
Kes terbaru, apabila seorang penyanyi veteran yang tidak dapat bantuan daripada Datuk Seri Sharizat selaku Menteri Pembangunan Keluarga & Masyarakat ke atas masalah keluarga yang menimpa beliau. Melihat daripada senario ini, sebenarnya mereka ini tidak pernah bersyukur atas apa yang telah dikurniakan. Dalam Rukun Iman pun menyuruh kita "Percaya Kepada Qada & Qadar". Tapi dalam kes ni, bukan tugas Lipan Bara pun nak tentu Iman sesorang cume diri sendirilah yang boleh mentafsirkanya.
Sepatutnya, tidak perlu untuk penyanyi tersebut menyalahkan sesiapa. Sekiranya inginkan mendapatkan nasihat, ada baik nya pergi ke jabatan agama atau rujuk kepada ustaz/ustazah yang boleh memberikan bimbingan. Dalam erti kata lain, semua prasarana telah cukup disediakan oleh Kerajaan BN/UMNO.
Firman ALLAH SWT :
Ini adalah anugerah Tuhanku untuk menguji aku, adakah aku bersyukur ataukah aku kafir
Surah AnNaml, ayat 40.
Firman ALLAH SWT :
ALLAH SWT menganugerahkan (kepahaman yang dalam dalam Quran & Sunnah) kepada sesiapa yang dikehendaki. Dan barang siapa yang dianugerahi al hikmah itu, ia benar-benar telah dianugerahi kurnia yang banyak. Dan hanya mereka yang berakallah dapat mengambil sebagai pelajaran.
Surah Al Baqarah, ayat 269
Persoalanya, adakah selama 54 tahun mengecapi kemerdekaan ini, kita telah dizalimi? Adakah usaha Kerajaan BN/UMNO untuk mempertahankan kemerdekaan dan kemakmuran sejagat ini menaniaya rakyat?. Renungkanlah wahai sahabat.
Kalau lah semua salah Kerajaan BN/UMNO, patut pembangkang kena tanya Anwar Ibrahim semasa jadi TPM adakah semua keputusan yang dibuat adalah salah & zalim? Dan tahukah anda, Anwar Ibrahim juga salah seorang pencetus idea untuk PTPTN, adakah itu ZALIM?
BERSAMA KITE BERUBAH