Wednesday 11 April 2012

Terima Kasih Datuk Raja Nong Chik

Kenapa Datuk Raja Nong Chik & kenapa bukan Nurul Izzah.

Jawapanya mudah, tiada satu kerja pun oleh Nurul Izzah yang boleh dibangakan di Lembah Pantai. Ceritalah pasal pembangunan, ceritalah pasal keprihatinan, ceritalah pasal khidmat sosial semua itu datangnya dari Kerajaan BN/UMNO dan khusunya daripada UMNO/BN Bahagian Lembah Pantai di bawah Kepimpinan Datuk Raja Nong Chik selaku Menteri di Kementerian Wilayah Persekutuan & Kesejahteraan Bandar. Kalau ade pun daripada Nurul Izzah tidak sampai 10 % tapi masalah nye ade ke? kewujudan Nurul Izzah ibarat "Kubur Tanpa Batu Nizan"

Bukan memuji tetapi dah nyata, sebagai contoh kes Flat 4 tingkat  PKNS, Kg Kerinchi, di mana Nurul Izzah semasa proses pemindahan keluarga yang pada mulanya termakan Janji-Janji Manis beliau. Tapi atas sifat keperihatinan UMNO/BN Bahagian Lembah Pantai, Datuk Raja Nong Chik sendiri bersama PEMUDA UMNO bermandi peluh membantu keluarga-keluarga tersebut. Belum lagi kes kebakaran di Pantai Dalam, semasa Nurul Izzah sibuk berkempen di PR Dun Sarawak, siapa yang banyak menghulurkan bantuan daripada A to Z klau bukan Datuk Raja Nong Chik sendiri. Lipan Bara mengharapkan anda sendiri dapat mentafsikanya.

Sejak menjadi YB tiada satu pembangunan pun yang dibawa oleh Nurul Izzah ke Lembah Pantai yang ada hanya PROTES serta BANTAHAN je kedengaran yang keluar daripada pihak Nurul Izzah walaupun benda itu adalah kesenangan kepada Pengundi Lembah Pantai khusunya. Sebagai contoh; 

1) Bantahan Nurul Izzah kepada Kedai Rakyat 1 Malaysia, 

Kedai tersebut secara realitinya adalah dibuka untuk rakyat berpendapatan sederhana dan ke bawah. Dengan pembukaan KR1M ini jugalah memberi peluang kepada pengguna mendapatkan barang keperluan dengan harga murah. Bagi Lipan Bara mudah, kalau rase dah banyak duit dipersilakan pergi ke kedai Hypermarket yang lain.

2) Bantahan Nurul Izzah kepada Pemindahan Penjaja ke Bazaar Lembah Pantai

Mungkin sebab Nurul Izzah sendiri tidak dapat habuan daripada pembinaan bazaar tersebut dan oleh sebab itu ia cuba untuk menjadikan modal untuk berpolitik. Untuk pengetahuan, daripada hasil tinjauan Lipan Bara kesemua penjaja berpuashati dengan keadaan kedai di situ, walaupun keluasan hanya kurang lebih 10 kaki persegi tapi ianya mampu memberikan keuntungan RM 2k-3k sehari kepada perniaga jika dibandingkan dengan keadaan kedai lama yang terletak di tepi jalan dan skar untuk pengunjug untuk meletakan kenderaan.

3) Bantahan Nurul Izzah kepada Pembangunan di Flat PKNS 4 Tingkat, Kg Kerinchi.


sedia maklum majoriti daripada penduduk bersetuju atas plan pembangunan tetapi sebab kerakusan Nurul Izzah, beliau ingin menjadi Hero dan menghasut 34 keluarga untuk tidak berpindah. Tapi akhirnya mereka yang ingkar sedar bahawa Nurul Izzah ini hanya pengacau dan akur untuk berpindah.

4) Bantahan Nurul Izzah ke atas sistem Pilihan Raya.



persoalanya mudah, Macam mana Nurul Izzah boleh menang di Lembah Pantai adakah dia sendiri main KOTOR? anda pikirkanlah. Bagi Lipan Bara sebenarnye Nurul Izzah takut akan bayang-bayang sendiri dan kalah pada PRU 13 nanti.

Tetapi melalui Datuk Raja Nong Chik, pelbagai agenda pembangunan serta khidmat sosial telah dirancang dan telah pun dilaksanakan. sebagai contoh :


1) Pembinaan Sekolah dikawasan Bukit Kerinchi dan diumumkan sendiri oleh Menteri Pelajaran merangkap TPM, Tan Sri Muhyidin Yassin.


2) Memperkasa Surau & Masjid Di Lembah Pantai
Demi mempertabatkan Agama, Datuk Raja Nong Chik telah berusaha melalui kementerianya dan UMNO Bahagian Lembah Pantai memperjuangkan untuk memelihara Rumah Allah yakni Masjid & Surau. Dengan usaha beliau dan peruntukan yang disalurkan daripada Kerajaan Pusat atau daripada Kerajaan BN/UMNO kita dapat lihat setiap surau & masjid tidak terlepas pandang. Sebagai contoh lihatlah Surau Ihsaniah Kondo Rakyat, perubahan yang berlaku.

3) Kerja baik pulih semua  Flat Kos Rendah termasuk PPR 

Contoh, kerja-kerja penyelenggaraan, cat bangunan, semua penurupan jalan, ganti lif. Alhamduliilah itu semua sudah dilaksanakan dan penduduk berpuas hati. Selain itu, ambil contoh isu di air Kondo Rakyat, pihak Syabas awal nya mahu memotong bekalan air tetapi melalui UMNO Caw Kg Pantai dan campur tangan Datuk Raja Nong Chik serta UMNO Bahagian Lembah Pantai, isu tersebut dapat diselesaikan dengan baiknya. Melalui Dana yang diumumkan oleh PM, Dato Seri Najib Tun Razak

4) Isu Azan di Masjid Iklasiah, Kg Pantai.
Melalui UMNO Caw Kg Pantai  jugalah dan campur tangan Datuk Raja Nong Chik serta UMNO Bahagian Lembah Pantai, isu tersebut dapat diselesaikan dengan baiknya tanpa ada timbul masalah pergaduhan. Persoalanya, ke mana Nurul Izzah ketika ini?

5) Projek Perlebaran Jalan Utama (berhadapan flat Sri Angkasa)
Projek ini telah pun dalam rangka pembinaan dan projek ini juga bertujuan untuk memberi keselesaan kepada pengguna daripada sering menghadapi masalah kesesakan serta kelewatan untuk datang ke pejabat di waktu pagi.

6) Memperkasa Surau & Masjid Di Lembah Pantai
Demi mempertabatkan Agama, Datuk Raja Nong Chik telah berusaha melalui kementerianya dan UMNO Bahagian Lembah Pantai memperjuangkan untuk memelihara Rumah Allah yakni Masjid & Surau. Dengan usaha beliau dan peruntukan yang disalurkan daripada Kerajaan Pusat atau daripada Kerajaan BN/UMNO kita dapat lihat setiap surau & masjid tidak terlepas pandang. Sebagai contoh lihatlah Surau Ihsaniah Kondo Rakyat, perubahan yang berlaku. 

7) Khidmat Sosial, 
Melalui UMNO/BN Bahagian Lembah Pantai, semua masyarakat tidak terlepas pandang baik daripada Program BR1M, Program Nur Ramadhan, Sumbangan Anak-anak Ke Sekolah, Sumbangan Prihatin 1 Malaysia semuanya berjaya dilaksakan dengan jayanya. Daripada pemerhatian Lipan bara, Datuk Raja Nong Chik ini adalah sebagai "Pemimpin Berjiwa Rakyat" yang acap kali mudah untuk didampingi serta pantang dengar rintihan rakyat khusunya pengundi Lembah Pantai. Selaku Menteri yang sibuk dengan urusan harian, Datuk Raja Nong Chik berusaha untuk memenuhi semua jemputan Perkahwinan atau Majlis-majlis yang dianjurkan oleh warga Lembah Pantai sekiranya tidak dapat hadir pun beliau akan menghantar wakil.

Jika dibandingkan dengan Nurul Izzah, Datuk Raja Nong Chik lebih suka melaksakan kerja/pembangunan untuk keselesaan rakyat daripada Nurul Izzah yang hanya tahu membangkang segala projek kerajaan dan boleh diibaratkan sebagai "Meningalkan Najis Setelah Membuangnya Merata-Rata"

Saranan kepada anda semua:

Saya Mesti Pilih