Melayu mudah lupa
Melayu mudah lupa
Melayu mudah lupa
Dulu bangsanya dipijak
Melayu mudah lupa
Dulu bangsanya retak
Melayu mudah lupa
Dulu bangsanya teriak
Melayu mudah lupa
Dulu bangsanya haprak
Melayu mudah lupa
Dulu bangsanya kelas dua
Melayu mudah lupa
Dulu bangsanya hina
Melayu mudah lupa
Dulu bangsanya sengketa
Melayu mudah lupa
Dulu bangsanya derita
Melayu mudah lupa
Dulu bangsanya kerdil
Melayu mudah lupa
Dulu bangsanya terpencil
Melayu mudah lupa
Tiada daulat
Tiada maruah
Tiada bebas
Melayu mudah lupa
Melayu mudah lupa
Melayu mudah lupa
Sejarah bangsanya yang lena
Tanah lahirnya yang merekah berdarah
Ingatlah
Ingatlah
Ingatlah
Wahai bangsaku
Jangan mudah lupa lagi
Kerana perjuanganmu belum selesai
Semasa pertama kali Lipan Bara mendengar Tun Dr Mahathir membacakan sajak ini di Perhimpunan Agung UMNO 2001, Lipan Bara hanya memikir ini adalah satu peringatan kepada MELAYU khusunya. Tetapi setelah 11 tahun berlalu dan digali pengertian sajak ini sebenarnya Tun Dr Mahathir bukan menceritakan kepada zaman pemerintahan beliau tetapi kepada PEWARIS bangsa pada masa kini. Lihat sahaja senario politik masa kini, beraninya mahasewel and the geng memijak/mencaci PEMIMPIN & Kerajaan BN/UMNO. Adakah mereka tidak sedar perit getik pengorbanan PEMIMPIN terdahulu?
Adakah si Mahasewel ini tidak sedar Kerajaan BN/UMNO berusaha untuk memakmurkan MALAYSIA ini. Betul kata Tun Dr Mahathir, "Melayu Mudah Lupa". Begitu senang untuk si Mahasewel ini melupakan apa yang penah mereka nikmati dahulu. Kepada Mahasewel, rasa nya tak perlu kita pikir jauh, pikir sahaja semasa kita semua dibangku sekolah. Apakah dengan fasiliti yang peruntukan di oleh Kerajaan BN/UMNO itu anda lupa? Adakah itu ZALIM? Berapa yuran yang anda bayar semasa belajar di sekolah? Bayangkan kalau Kerajaan BN/UMNO tidak menyediakan pendidikan kepada rakyat apa akan jadi pada anda sekarang. Kita MELAYU bukan asal dari keluarga senang, tidak mampu untuk bersekolah di sekolah swasta. Pikirlah Mahasewel.
Lipan Bara lagi sedih bila ANWAR IBRAHIM selaku Ketua Pembangkang dan Kroni-kroni nya termasuk Nurul Izzah, AP Lembah Pantai sendiri mudah untuk menjaja dan memburukan nama MALAYSIA di negara luar. Setiap seorang daripada mereka akan mengatakan Kerajaan BN/UMNO ini ZALIM. Adakah ruang yang diberikan oleh Kerajaan BN/UMNO berikan kepada mereka ini ZALIM? Adakah gaji ANWAR IBRAHIM dapat semasa menjadi Timb Perdana Menteri Malaysia itu atas sebab Kerajaan BN/UMNO ini ZALIM?
Berpijaklah dibumi yang nyata, syukurilah nikmat yang ada. Jangan gadaikan MALAYSIA ini
ALLAH SWT menganugerahkan (kepahaman yang dalam dalam Quran & Sunnah) kepada sesiapa yang dikehendaki. Dan barang siapa yang dianugerahi al hikmah itu, ia benar-benar telah dianugerahi kurnia yang banyak. Dan hanya mereka yang berakallah dapat mengambil sebagai pelajaran.
Surah Al Baqarah, ayat 269
Undi kita hanya satu dan hanya untuk