Salam 1 Malaysia,
Walaupun P121 dimenangi PKR tetapi BN Lembah Pantai tidak tidur. BN Lembah Pantai sekali lagi menjadi Juara Rakyat kepada pengundi Lembah Pantai.
Penyerahan Bantahan Kenaikan Cukai Pintu telah diserahkan terus kepada Datuk Bandar Kuala Lumpur melalui YM Dato Raja Nong Chik. Sekali lagi denyut nadi rakyat didengari, walaupun cadangan untuk menaikkan Cukai Pintu dibuat oleh Agensi Kerajaan sendiri iaitu DBKL.
Berikut antara gambar semasa penyerahan
Turut hadir Biro Perumahan & Daftar Pengundi merangkap Timb Ketua UMNO Bhg LP, Sdr Ramlan Askolani, Naib Ketua UMNO Bhg Tn Hj Mohamad Abdullah, Majlis Permuafakatan Persatuan Penduduk & NGO Sdr Jamsari Ahmad, Kepimpinan UMNO Bahagian serta Ketua Pemimpin Setempat. Penyerahan secara berhemah ini nampak berjaya tanpa ada kekacauan berlaku.
Dikhabarkan esok (17/12/13) Pakatan Rakyat akan mengadakan Perhimpunan untuk membantah kenaikan Cukai Pintu di Dataran DBKL, usaha mereka nampak seperti kurang matang, Kemungkinan perhimpunan esok akan membawa kekacauan sekiranya mereka bertindak diluar kawalan. Pasti juga akan menimbulkan kesesakan lalulintas kepada Warga KL.
Ada baiknya, Ahli Parlimen Pembangkang bertemu terus dengan Datuk Bandar KL dan menyerahkan Nota Bantahan tanpa perlu berhimpun seperti mana yang dilakukan oleh BN Lembah Pantai.
Lipan Bara merasakan cara Pakatan Rakyat ini seperti kurang cerdik dan akan menyusahkan warga kota
Demontrasi dah Basi !!!!!!!!!!!!!
Renung-renungkan, selamat beramal.................................
LIPAN BARA TIDAK AKAN BERTANGGUNGJAWAP DENGAN KOMEN YANG ANDA BERIKAN