Saturday 14 December 2013

AKTIVITI BERSAMA RAKYAT : DATO RAJA NONG CHIK VS NURUL IZZAH

Salam 1 Malaysia

Lipan Bara kembali ....

Sempena hujung minggu pasti Ketua Bahagian UMNO, Ahli Parlimen baik dari BN dan PKR akan sibuk dengan program bersama rakyat. Tatkala dengan Banjir yang berlaku di Pantai Timur sudah pasti semua orang disetiap lapisan masyarakat ringan tangan untuk membantu. 

Yang Mulia Dato Raja Nong Chik (YM DRNC), Ketua Bhg UMNO Lembah Pantai dan  Calon BN P121 PRU 13 yang tewas dengan Nurul Izzah terus berbakti.

Difahamkan, sejak jam 7.45 pagi jadual sangat padat YM DRNC. Berikut ringkasanya :-



1) 0745. Majlis Pelancaran Misi Bantuan Banjir Ke Johor dengan kerjasama Skuad Sayang Wanita UMNO Bhg Lembah Pantai dengan Kerjasama NST  oleh YM DRNC bersama YB DS Shafie Apdal


2) 0830. Majlis Perasmian Kursus Pra Perkahwinan anjuran Persatuan Pddk PPR Kg Limau di Surau Ibadurrahman PPR Kg Limau


3) 1030. Merasmikan Karnival Hari Malaysia di Flat Seri Pahang

4) 1630, Press Conference YM DRNC bersama Parti Kompenan BN Lembah Pantai berkaitan serahan borang bantahan terhadap Notis Menyemak Semula Senarai Nilaian kepada pihak DBKL. Untuk makluman notis tersebut akan diserakhan kepada Datuk Bandar Kuala Lumpur yang akan hadir ke majlis tersebut.

Yang peliknya di mana Nurul Izzah apa aktiviti dia untuk masyarakat?, selepas selongkar twitter beliau Lipan Bara dapati rupanya  Nurul Izzah sedang berSolidariti untuk OKU. Bukan nak kata salah tetapi rasanya Kerajaan BN sekarang ini tidak pernah melupakan golongan OKU dan untuk rekod RM 441 juta telah diperuntukan dalam Budjet 2014 untuk golongan terbabit mungkin tidak cukup tetapi OKU masih tidak dilupakan dalam arus perdana.


Nak buat macam mana dah kerja sebagai ahli pembangkangkan, dah bagi bantuan pun masih cakap tiada. Contoh lilhat keratan di bawah, semua Agensi Kerajaan bertungkus lumus memberi bantuan lain pula kata Calon PM Malaysia yang tak tahu bila ni. Tatkala Pantai Timur dilanda banjir, beliau bergesel dengan gadis yang sudah tentu bukan Muhrim di luar negara.


Renung - renungkan, selamat beramal.

Sekian.






LIPAN BARA TIDAK AKAN BERTANGGUNGJAWAP DENGAN KOMEN YANG ANDA BERIKAN