Friday 6 December 2013

AP KUANTAN : JANGAN NAK MENJALAK, ADA BAIKNYA BERKERJASAMA MEMBANTU MANGSA





Salam Takziah kepada mangsa banjir.

Memetik Kepada artikel perkenaan keegoaan Ahli Parlimen Kuantan yang menyalahkan kononya tindakan lambat agensi kerajaan untuk menguruskankan masalah banjir di tempat beliau boleh dilihat seperti EGO dan tiada sikap berterima kasih walaupun Kerajaan BN membantu penggundi dimana menolak Calon BN kawasan tersebut.


Lipan Bara merasakan dalam keadaan banjir ini apa yang penting kita perlu bekerjasama membantu mangsa-mangsa banjir. Agensi kerajaan dilihat telah menggerakan semua aset-aset mereka untuk membantu mangsa tanpa mengira apa pun latar belakang mangsa.

Bagi Lipan Bara juga Ahli parlimen Kuantan perlu mengerakan jentera-jentera pilihan raya mereka untuk menghadapi masalah banjir ini. Mana Angkatan Muda Keadilan? Mana Unit Amal PAS? Mana Skuad Sukarelawan PAS? adakah hanya digunakan untuk merusuh? meramaikan perhimpunan jalanan? Rasanya sekarang inilah mereka patut berbakti. Kalau Stadium Kelana Jaya boleh pebuh untuk Black Out 505, kerah mereka untuk membantu mangsa di Kuantan, Kelantan, Terengganu dan Johor. Dah tiba masanya juga Pembangkang buat Road To Kuantan untuk membantu mangsa.

Tetapi kalau setakat berkokok tanpa membuat apa-apa, ada baiknya duduk diam-diam dan ucapkan terima kasih. Bukan kene bayar pun.

Sekian, terima kasih




LIPAN BARA TIDAK AKAN BERTANGGUNGJAWAP DENGAN KOMEN YANG ANDA BERIKAN