Sunday 1 September 2013

TANDA PUTERA : WAJIB TONTON

Salam 1 Malaysia

Alhamdulillah, walaupun sibuk dalam tugasan harian Lipan Bara dapat meluangkan masa menonton Tanda Putera.

Sebelum tayangan filem ditayangkan kepada umum pelbagai rintangan diharungi untuk dipentaskan di layar perak. Ada yang mengatakan filem ini bakal mewujudkan kebencian terhadap kaum Cina.

Daripada keseluruhan ceritanya ini hanya babak awal sahaja menceritakan kisah hitam 13 May. Apa yang Lipan Bara nampak sebenarnya filem Tanda Putera ini sebenarnya ingin menceritakan pahit getir Tun Abd Razak bersama Timb nya Tun Dr Ismail sanggup bekerja keras walaupun ajal akan menjemput mereka. Satu pengorbanan yang perlu diambil perhatian oleh setiap lapisan masyarakat yang lahir pasca 1969. 

Secara amnya, Tanda Putera ini sebenarnya ingin menyampaikan satu mesej bahawa sesuatu negara itu tidak akan berjaya sekiranya tiada perpaduan. Kerajaan BN dari dahulu sehingga sekarang tidak pernah menanam bibit perkauman kepada rakyat tetapi kini, skrip 1969 menampakan semacam wujud sekali lagi. Lihat sahaja selepas pru 2008,menampakan sesuatu kaum itu sanggup menghina Melayu dan Islam tanpa rasa segan silu. Mereka menuntut segala keistimewaan sehinggakan Per 153, Perlembagaan Malaysia dipersoalkan.

Filem ini juga menyampaikan suatu mesej yang tersirat supaya kita semua kaum tak kira Melayu, Cina, India ataupun yang lain wajib untuk kita semua faham sensiviti sesuatu kaum itu. Kita semua menghirup udara yang sama di bumi bertuah ini. Filem ini juga bukan Filem Rasis seperti yang dihebohkan, tetapi ia benar menceritakan bahawa kaum Cina yang merasaka mereka berkuasa setelah menang besar dalam Pilihanraya Umum melalui parti DAP & Gerakan tanpa menyebut pun mana-mana nama pemimpin mereka.

Dalam filem ini juga memaparkan satu babak dimana Tun Dr Mahathir mendapat surat pelucutan Ahli UMNO kerana surat yang berani ditulis beliau kepada Tunku Abd Rahman.Ianya jelas, filem ini bukan sahaja menceritakan peristiwa 13 may semata-mata.Kenapa perlu takut sehinggakan melarang filem ini ditayangkan? takut tembelang pecah? Tepuk dada, tanya selera.

Tetapi, sekarang ini menampakan ada Melayu yang tidak kenal perit getir pengorbanan datuk nenek mereka.Yang lebih sedih apabila ada kaum Melayu sanggup menjadi KELDAI mengikut sahaja kemahuan mereka demi kepentingan Politik. Lipan Bara tidak pernah digantung Universiti & bukan Sasterawan Negara yang boleh mempergaruhi orang tetapi Lipan Bara akan memastikan anak Lipan Bara faham dan mengerti pahit getir untuk mendapatkan kemerdekaan. Sebagai bapa, Lipan Bara mengakui kita sahaja yang boleh mencorakan anak kita sendiri. Bagi Lipan Bara, anak adalah cermin kepada sesebuah keluarga. So faham-faham la, kalau kene gantung universiti tu bukan atas kezaliman Kerajaan tetapi Kezaliman bapa anda sendiri yang mengajar sebegitu rupa.

Rakan-rakan yang faham apa itu erti kemerdekaan, sila lah tengok Tanda Putera, LipanBara tak dapat komisyen pun promosikan filem ni. So apa lagi, bawa anak-anak dan sahabat andai tgk cerita ni.

Sekian