Sebelum video ni kene buang dari You Tube kita marilah kita tengok pembohongan LGE.
Lipan Bara rasa Jelajah Merdeka sebelum PRU 13 sudah berjaya menyemai bibit kebencian rakyat khususnya kaum mereka kepada Barisan Nasional. Adakah itu tiada kebebasan? media sosial FB, Twitter hatta You Tube pun mereka gunakan untuk menyampaikan fitnah kepada kerajaan. Adakah itu tidak bebas? Kerajaan BN dihentam dari depan, belakang kiri dan kanan oleh mereka setelah 56 tahun berusaha untuk memastikan semua kaum termasuklah Cina berjaya meneruskan kelangsungan hidup.
Bukan mahu memfitnah, baru dua penggal duduk di kerusi empuk Pulau Penang pun mereka dah menunjukan ego, sehinggakan pada mulanya menggunakan kuasa veto mengharamkan Tanda Putera ditayangkan di Pulau Pinang tetapi buat U-Turn mengatakan itu hanya nasihat. Kalaulah memegang prinsip kebebasan kenapa perlu untuk menasihatkan Tanda Putera itu tidak ditayangkan? Takut kepada bayang-bayang sendiri ke?
Maaf cakaplah, Lipan Bara merasakan mereka ini semua dah rasa besar kepala sanggup buat apa sahaja demi kepentingan politik mereka.
Sekian