Friday, 30 August 2013

MALAYSIA BERDAULAT, TANAH TUMPAH DARAHKU

Salam 1 Malaysia.

56 tahun semua rakyat Malaysia telah menikmati rahmat besar daripada Allah SWT. Kalau diukur daripada usia, 56 tahun mungkin sudah berumur dan pencen tetapi kalau dikira dari segi perjalan kemerdekaan yang kita lalui sebenarnya ianya masih muda.

Mempertahankan kemerdekaan adalah lebih sukar daripada untuk mendapatkanya - Tun Dr Ismail.

Memang benar kata-kata TDI, kebelakangan ini ada sahaja pihak berani bersuara untuk melacurkan kemerdekaan yang kita nikmati. Sampaikan ada yang sanggup menghina agama rasmi iaitu Islam.

Lihat sahaja pemikiran kem pembangkang yang sanggup mengangkat perjuangan komunis yang semua maklum sejarah hitamnya di bumi bertuah ini. Kita jangan lupa perjuangan pemimpin terdahulu, atas penat lelah mereka demi mendapatkan kemerdekaan.

Rakan-rakan, sahabat pewaris kemerdekaan khususkepada bangsa MELAYU jadikan Mesir sebagai contoh. Segalanya musnah apabila kemerdekaan dinodai. Bukan mudah untuk membetulkan keadaan bila semuanya sudah musnah. Jadikan ia iktibar pentingnya perpaduan antara kita. Ingatlah ini Tanah Melayu, Tanah Tumpah Darah Kita.  Kalau ada kesempatan, pergilah ke negara lain timba pengalaman tapi yang pasti anda tidak akan dapat seperti mana yang ada di MALAYSIA ini.

Sekian, Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan Ke 56.