Salam,
Ucapan setinggi tahniah kepada Adam Adli serta Mahasewel & The Geng kerana usaha bersama Pakatan Rakyat untuk memansuhkan PTPTN berjaya di Selangor ( Unisel & KUIS).
Sememangnya itu yang diharapkan oleh kem Pakatan Rakyat. Terima Kasih kepada BN sebab mengotakan janji. Sedia maklum PTPTN di BEKUkan, (ulang).....di BEKUkan tapi kenapa tak mansuhkan .... mungkin ini adalah KAJIAN yang ingin dilakukan oleh PTPTN untuk melihat sejauh mana reaksi sekiranya PTPTN itu dimansuhkan. Kenapa UNISEL & KUIS? semua maklum PKR dan Anwar Ibrahim (orang yang meluluskan PTPTN a.k.a penasihat PKR) yang lantang menyuarakan agar PTPTN itu dimansuhkan. So, atas sikap keterbukaan, PTPTN memBEKUkan pinjaman kepada pelajar baru UNISEL & KUIS.
Ini secara tidak langsung akan memudahkan PKR memberikan PENDIDIKAN PERCUMA kepada pelajar, kan bagus tu. Tapi hairan, bila benda ini diumumkan kem yang dahulunya MEMBANTAH (PKR) PTPTN sibuk pulak sekarang ni mengatakan BN zalim, APA KEJADAH NYA? dulu ludah n sekarang MENJILAT balik.......kata BERSIH, tapi nampak dah macam PENGOTOR.........
Yang lagi best, ade mengatakan UMNO/BN menzalami MELAYU........wow, 1st time LIPAN BARA dengar perkara ini diluahkan oleh pihak yang berkenaan. Kalau selama ni sibuk menidakan KETUANAN MELAYU sekarang dah pandai berbicara pasal MELAYU. Memang Parti Kencing Rakyat. Yang lagi kelakar ade puak mengatakan kenapa menzalimi PELAJAR, memang kelakar gile beb, kalau masuk SUPER SPONTAN sure leh beat lawak ZIZAN & JOHAN. Tahukan PTPTN adalah pinjaman untuk PELAJARAN dan khusus diberikan kepada PELAJAR IPT......erm, mana penah dgr PTPTN kuar kan pinjaman perumahan, kereta......dah sah- sah untuk pelajar, betul kan.
Dengan tindakan ini, pelajar baru UNISEL & KUIS tidak akan terbeban dengan hutant PTPTN yang dianggap ah long oleh Pakatan Rakyat. Terima Kasih BN sebab membantu meringankan BEBAN pelajar.
So MAHASEWEL & THE GENG tak nak ke buat perhimpunan membantah tindakan PTPTN ni. Kenapa senyap lak, anda kan HERO MAHASEWEL......Apa-apa pun, tahniah sekali lagi kepada andan yang membantah.