Saturday 16 June 2012

Lebuhraya Rakyat : Hanya Sebuah Fantasi Politik


Reality atau Fantasi?

Angaran pembinaan RM 1.5-1.8 Billion dan tiada TOL. Kalau ia benar dilaksanakan alangkah baiknya kepada rakyat Kelantan tapi bagaimana dengan penyelengaraan Lebuhraya Rakyat ini. Adakah sekali lagi Kerajaan Kelantan akan mengutip derma? Itu persoalan yang perlu dipikirkan oleh Rakyat Kelantan. 

Bukan niat untuk menghalang atau mengutuk tapi setiap benda yang kita lakukan perlu untuk kita tanggungnya. Adakah selepas pembinaan Lebuhraya Rakyat ini dibina segala jenis cukai di Kelantan akan dinaikan untuk menanggung kos penyelengaraan? Yang pasti pengguna Lebuhraya Rakyat ini kelak bukan 100 % yang berasal daripada Kelantan itu sendiri. 

Realitinya, pembinaan Lebuhraya Rakyat ini hanya satu propaganda politik oleh kerajaan negeri untuk memenangi hati rakyat setelah melihat ombak badai GELOMBANG MERAH menghempas disetiap pemikiran rakyat Kelantan. Ternyata, kerajaan negeri sebenarnya TERDESAK dan mereka merasakan dengan idea pembinaan Lebuhraya Rakyat ini ianya berjaya menambat hati Rakyat Kelantan.

Tapi, kenapa baru sekarang idea ini dicernakan oleh Kerajaan Negeri?  Kalau dari segi matematik, Kerahajaan PAS sudah memerintah hampir 53 tahun dan kenapa sekarang baru mereka MEMAHAMI perit getir Rakyat Kelantan? Ini Sebenarnya keZALIMan yang rata-rata Rakyat Kelantan tidak nampak. Mungkin disetiap pemikiran Rakyat TOL itu satu penindasan. Tetapi jelas, kalau semua perkhidmatan diberikan PERCUMA siapa yang akan menangung kos-kos lain dan sudah tentunya Kerajaan Negeri/Kerajaan Persekutuan itu sendiri. Akibat daripada itu, cukai iaitu antara sumber pertama KERAJAAN akan dinaikan.

Bagi Lipan Bara ia mudah, tiada benda yang percuma dan setiap yang percuma itu mesti ade orang yang perlu ditanggung.


sekian.