Friday 27 April 2012

TOLAK PERHIMPUNAN BERSIH 3.0



Hadith:- 


Ibnu Abbas r.a menerangkan, bahawasanya Nabi SAW bersabda:”Sesiapa yang tidak menyenangi kepala pemerintahannya hendaklah ia bersabar kerana sesungguhnya orang yang keluar dari mentaati pemerintahan nescaya dia mati sebagaimana mati di masa jahiliyah.”

(Bukhari dan Muslim)

Adakah DEMONTRASI itu wajar?. Pada hakikatnya Demonstrasi JALANAN bukan cara yang TIDAK wajar digunakan untuk menunjukan sikap ketidak puasan hati kita terhadap KERAJAAN. Jika didalami maksud yang tersirat, DEMONTRASI JALANAN bukan sahaja menimbulkan kekacauan walhal juga kan mewujudkan fitnah terhadap sesebuah negara itu sendiri. Terbukti apa yang berlaku di negara LIBYA contohnya, DEMONSTRASI yang diadakan menyebabkan kerajaan mereka terpaksa menggunakan kekerasan untuk menghalang ianya berlarutan selepas NASIHAT pengunduran diperintahkan. Oleh sebab itu, kekerasan yang digunakan telah menyebabkan ramai warga LIBYA terbunuh dan pihak BARAT khususnya melabelkan pemerintah negara tersebut sebagai zalim. Oleh yang demikian dengan sikap RAKUS BARAT itu sendiri mereka MENCEROBOH Libya dengan alasan ingin membantu mereka yang dizalimi. Adakah perkara sebegini kita mahu lihat terjadi di MALAYSIA? fikirkan lah wahai rakan...........

Dalam konteks negara DEMOKRASI BERPARLIMEN, kita seharusnya menggunakan saluran-saluran yang betul untuk menyuarakan pendapat atas ketidak puasan hati yang wujud. Tiada guna untuk kita berlawan sesama sendiri yang akhirnya merugikan BANGSA,AGAMA dan NEGARA MALAYSIA yang kita cintai ini.

"Mempertahan KEMERDEKAAN itu lebih sukar daripada berjuang untuk mendapatkan KEMERDEKAAN" kata - kata yang penah di lafazkan oleh Mantan TPM Malaysia Allahyarham Tun Dr Ismail. Adakah kita sedar dalam 57 tahun KEMERDEKAAN yang kita telah capai ini bukan sahaja berbagai kejayaan MALAYSIA telah kecapi tetapi juga berbagai rintangan serta halangan yang perlu kita lalui. 

Hadith :  
Dari Abdullah bin Aufa r.a, “Rasulullah s.a.w pada suatu hari menanti musuh sehingga matahari condong. Kemudian baginda berdiri di hadapan orang ramai lalu bersabda:” Wahai saudara-saudara! Janganlah mengharap-harapkan menemui musuh, mintalah kesejahteraan kepada Allah! Tetapi jika kamu bertemu dengan musuh, sabarlah (berhati teguh)! Ketahuilah, sesungguhnya syurga itu terletak di bawah bayangan pedang”. Kemudian baginda berkata:”Wahai Tuhan yang menurunkan kitab, yang menjalankan awan dan mencerai-beraikan pasukan musuh! Cerai-beraikanlah mereka dan bantulah kami melawan mereka.:“

Bukhari


Jelas, kita sebagai rakyat MALAYSIA tidak perlu bermusuhan sesama sendiri kerana kesempatan ini akan digunakan oleh pihak luar untuk melemahkan dan menghancurkan perpaduan yang kita telah cipta sekian lama. Merungkai sejarah menuntut KEMERDEKAAN , sebagai rakyat MALAYSIA kita perlu bersyukur atas apa yang kita telah kecapi.  Tiada pertumpahan darah , kehilangan nyawa ataupun revolusi ketenteraan berlaku. Atas kebijaksanaan kepimpinan terdahulu melalui rundingan pada tanggal 31 Ogos 1957, bumi MALAYSIA yang bertuah ini telah berjaya mendapatkan KEMERDEKAAN.

Hadith :

Sabda Rasulullah s.a.w yang maksudnya:
“Mendengar dan mematuhi itu wajib ke atas setiap orang Islam sama ada dalam perkara yang ia suka 
atau tidak suka, selagi ia tidak disuruh melakukan maksiat. Apabila disuruh melakukan maksiat, 
tidak harus lagi didengar dan dipatuhi”


Riwayat Ahmad Dan Muslim

Sebagai manusia yang berilmu dan berakal, segala arahan dan perintah yang menjurus kepada KEBAIKAN perlu kita patuhi dan sekiranya ianya menyalahi unduang-undang wajar kita sebagai orang yang BERILMU dan BERAKAL untuk tidak melakukanya.

Oleh yang demikian, sebagai rakyat yang sayangkan negara MALAYSIA ini, kita tidak seharusnya menggunakan DEMONTRASI JALANAN sebagai medium untuk mencapaikan matlamat serta menyebarkan AGENDA yang tersembunyi cukuplah sejarah PENJAJAHAN yang penah nenek, moyang serta ibu bapa kita lalui dan tidak perlu ia diulangi. Tugas kita mudah, mempertahankan bumi MALAYSIA yang bertuah ini serta mendokong penuh PERLEMBAGAAN yang telah digariskan.....

Jangan pikir apa sumbangan yang kita perlu kita dapat tetapi pikirlah apa SUMBANGAN yang perlu kita bagi terhadap MALAYSIA ini. Bersyukurlah apa rezeki dan kemakmuran kita telah kecapi.