Monday 16 April 2012

BELAJAR TINGGI-TINGGI, TAPI BODOH BERTINGKAT-TINGKAT


Lihatlah, bertapa BODOHNYA MAHASEWEL -MAHASEWEL ini, mereka kononya berpegang pada Perlembagaan Malaysia tetapi tidak baca sepenuhnya. Erti kata lain, dier sendiri pun tak paham ape yang ditulis oleh perlembagaan.

sila rujuk akta di bawah & baca biar jelas ;-


Perkara 10. Kebebasan bercakap, berhimpun dan berpersatuan.
(1) Tertakluk kepada Fasal (2), (3) dan (4)—
(a) tiap-tiap warganegara berhak kepada kebebasan bercakap dan bersuara;
(b) semua warganegara berhak untuk berhimpun secara aman dan tanpa senjata;
(c) semua warganegara berhak untuk membentuk persatuan.
(2) Parlimen boleh melalui undang-undang mengenakan—
(a) ke atas hak yang diberikan oleh perenggan (a) Fasal (1), apa-apa sekatan yang didapatinya perlu atau suai manfaat demi kepentingan keselamatan Persekutuan atau mana-mana bahagiannya, hubungan baik dengan negara-negara lain, ketenteraman awam atau prinsip moral dan sekatan-sekatan yang bertujuan untuk melindungi keistimewaan Parlimen atau mana-mana Dewan Undangan atau untuk membuat peruntukan menentang penghinaan mahkamah, fitnah, atau pengapian apa-apa kesalahan;
(b) ke atas hak yang diberikan oleh perenggan (b) Fasal (1), apa-apa sekatan yang didapatinya perlu atau suai manfaat demi kepentingan keselamatan Persektuan atau mana-mana bahagiannya atau ketenteraman awam;
(c) ke atas hak yang diberikan oleh perenggan (c) Fasal (1), apa-apa sekatan yang didapatinya perlu atau suai manfaat demi kepentingan keselamatan Persekutuan atau mana-mana bahagiannya, ketenteraman awam atau prinsip moral.
(3) Sekatan-sekatan ke atas hak untuk membentuk persatuan yang diberikan oleh perenggan (c) Fasal (1) boleh juga dikenakan oleh mana-mana undang-undang yang berhubungan dengan perburuhan atau pendidikan.
(4) Pada mengenakan sekatan-sekatan demi kepentingan keselamatan Persekutuan atau mana-mana bahagiannya atau ketenteraman awam di bawah Fasal (2)(a), Parlimen boleh meluluskan undang-undang melarang dipersoalkan apa-apa perkara, hak, taraf, kedudukan, keistimewaan, kedaulatan atau prerogatif yang ditetapkan atau dilindungi oleh peruntukan Bahagian III, Perkara 152, 153 atau 181 melainkan yang berhubungan dengan pelaksanaannya sebagaimana yang dinyatakan dalam undang-undang itu.

Apa yang boleh diperkatakan di sini, SEKATAN boleh dilakukan, walaupun perlembagaan itu adalah lebih tinggi daripada undang-undang tetapi sedia maklum ianya boleh disekat seperti mana disebut oleh Perlembagaan Malaysia.

Mahasewel, Lipan Bara nak belajar dengan koranglah, Lipan Bara ni belajar sampai SPM je tak de IJAZAH macam korang pun. 

Kesimpulanya kita dapat lihat, pemikiran MAHASEWEL ini mudah dimanupulasi terutama daripada PEMBANGKANG kalau nak cakap pasal perlembagaan biar baca sampai habis dulu. Jangan baca tajuk sahaja.

Sahabat yang lain, ingatlah

UNDI KITA HANYA SATU & HANYA UNTUK