Sunday 12 May 2013

PEMBANGANG JANGAN SYOK SENDIRI

SALAM 1 MALAYSIA

Berikut analisa PRU 13 daripada Lipan Bara.

Seperti mana yang kita tahu BN berjaya mempertahankan tampok pemerintahan apabila menang 133 kerusi parlimen. Manakala Pakatan PKR-DAP & PAS hanya menang 89 kerusi parlimen.

Jika kemenangan mengikut percalonan parti politik, UMNO sebenarnya menang besar dalam PRU 13 iaitu menang 109 kerusi daripada 120 kerusi yang ditandingi. Ini boleh dikatakan UMNO berjaya menjadi Juara Rakyat.

Apa yang dapat dirungkai daripada PRU 13 ini sebenarnya mengambarkan UMNO melalui Barisan Nasional adalah sebuah parti yang relevan untuk bangsa Melayu khasnya. PRU 13 ini juga memberikan mesej yang jelas bahawa MELAYU masih bersama UMNO dan percaya UMNO sebagai sebuah organisasi yang boleh membela nasib mereka.

PRU 13 ini juga mengambarkan PKR dan PAS sebenarnya ditolak oleh pengundi walaupun heboh satu malaya mereka memperolehi 51% undi popular. Kalau dijumlahkan, PKR & PAS bertanding 172 untuk kerusi parlimen tetapi mereka hanya menang 51 kerusi (29.6%)

PRU 13 juga memberikan mesej jelas pengundi Melayu menolak Anwar Ibrahim yang mempunyai pelbagai masalah peribadi. Yang lebih jelas, isu kalimah ALLAH SWT sebenarnya adalah punca PAS ditolak. Perjuangan ISLAM PAS sebenarnya dilihat adalah mainan politik semata.

Kesimpulanya, PKR & PAS hanya memperbodohkan pengundi mereka untuk POLITICAL MILLAGE. Harapan, untuk PRU 14 akan datang, mengharapkan UMNO terutamanya perlu bekerja keras untuk menambah kerusi di kawasan majoriti Melayu. 

Kepada PEMBANGANG, kumpulkan dan penuhkan lah stadium yang pasti kena ingat anda sudah ditolak. 

MUHASABAH DIRI dan rakyat sebenarnya sudah penat dengan asakan politik - kata Azmin Ali, PKR

TERIMA QADA' & QADAR - Utz Harun Din, PAS