Saturday, 20 April 2013

MEREKA CUBA PERBODOHKAN ISLAM & MELAYU


ISU ROS DAN CERITA SEBENAR DAP....by Rjuna.

Sebenarnya ROS atau Jabatan Pendaftaran Pertubuhan TIDAK pernah menghalang DAP dari menggunakan logo mereka sendiri iaitu roket dan keputusan atau cadangan DAP mahu guna logo parti2 lain hanya sekadar 1 strategi meraih undi di saat PRU kerana taktik mahu guna logo PAS di Semenanjung dan logo PKR di Sabah Sarawak yg mana mereka tidak tetap pada 1 logo saja jelas menunjukkan ini cuma 1 gimik untuk sedekah undi dan tidak lebih dari itu..
DAP yg lantang menentang negara islam yg PERNAH Pas perjuangkan dulu dan mahu kalimah Allah turut di guna dalam gereja dan bible ada niat yg tersembunyi dalam perkiraan politik mereka..
Ini kerana puak taksub akan pangkah apa saja asalkan dari spesis yg mereka anggap kawan dan di sini lah kebijaksanaan DAP yg akan dapat undi melayu dan cina di tempat mana mereka bertanding dengan alasan mereka sokong islam dan telah di aniayai olih ROS.. Dan ada juga para2 juak yg termakan dengan cara ini dan mula berkokok sana sini yang DAP di perlakukan dengan tidak adil dan bertanya kenapa menjelang PRU baru ROS timbulkan isu ini..

Untuk anda yang tahu sikit2 tapi berlagak seolah tahu semua dan juga kepada para penabur fitnah dan ejen2 DAP sila baca kronologi kes dan fakta ini dulu..

1.Pada 15 Disember berlangsung pilihanraya Parti DAP di mana ramai ahli2 DAP sendiri membantah dengan kemenangan dan keputusan CEC atau AJK Pusat Parti yg di katakan mengurangkan majoriti bangsa melayu dan india.

2.Tiba2 saja 3 minggu kemudian Lim Guan Eng mengumumkan bahawa terdapat 'kesilapan' (konon nya) dalam pengiraan undi dan anak emas nya yg juga melayu celup Zairil Khir Johari pun menang.

3.Kemenangan ini mula di pertikaikan olih semua pihak kerana 'kesilapan' pengiraan undian ini sepatut nya di perlu di adakan pemilihan semula dan bukan nya 'repair' atas kertas.Dan DAP yg melaungkan slogan C.A.T di kecam ahli2 nya sendiri dgn bantahan di adakan di beberapa tempat kerana penindasan pada kaum india dan tiada ketelusan dalam pemilihan parti (GAMBAR)

4.ROS mula mendapat aduan dari ahli2 DAP sendiri pada Januari 2013 dan mendesak supaya ROS membuat keputusan bahawa proses buang undi DAP tidak sah kerana ujudnya keraguan dan juga kerana ahli2 tidak mendapat notis mesyuarat yg betul.

5.Di bawah peraturan ROS (di mana sesiapa yg menubuhkan kelab,parti atau apa2 pertubuhan mesti tahu) HANYA AHLI PARTI SAJA yg bolih membuat aduan kepada ROS dan ROS akan membuka kertas siasatan.Ini bermakna sebarang aduan dari parti2 lain tidak di iktiraf (Macai sila ambil perhatian)

6.DAP sebenarnya mempunyai masa yg cukup dan panjang untuk masa yg cukup dan panjang untuk membetulkan kesilapan dengan memanggil mesyuarat luarbiasa atau khas tetapi tidak mahu berbuat demikian walau di desak olih ahli dan tetap kekal dgn keputusan mereka.

7.DAP gagal memberikan pada ROS laporan yg di minta berhubung dakwaan 700 ahli nya tidak menerima notis mesyuarat dan laporan 'kesilapan' pengiraan undi.

8.ROS memberikan tarikh 18 April kepada DAP dimana mereka perlu hadir untuk 1 inquiry di Pulau Pinang berhubung dengan bantahan yg di kemukakan olih ahli2 nya ,BAGAIMANA PUN DAP MEMOHON PENANGGUHAN kerana hampir dengan hari penamaan calun dan pilihanraya.

9.ROS kemudian nya memberi TEMPOH lagi 30 hari sehingga 17 Mei (DIMANA PRU TELAH PUN TAMAT) supaya DAP dapat bersedia untuk inquiry.
Dan di dalam tempoh ini adalah MUSTAHIL untuk ROS mengahalang DAP dari mengguna logo mereka kerana tempoh yg ROS beri hingga 17 May masih lagi valid atau sah...

Jadi mengapa DAP memutar isu ini ? apa yg mereka untung ? siapa yg bijak dan siapa yg bodoh sebenar nya ?
Tepuk dada tanya lah selera..jangan kerana TAKSUB maka otak juga menjadi beku hingga tidak mampu berfikir dengan baik...