Saturday 23 March 2013

YG BERBOHONG NURUL IZZAH : JANGAN MENANGGUK DALAM AIR YANG KERUH

Salam 1 Malaysia

Secara jujur Lipan Bara tidak mendapat apa-apa bayaran daripada DBKL ataupun daripada pihak Datuk Raja Nong Chik untuk menceritakan fakta sebenar ini

Minggu ini Yang Berbohong Nurul Izzah, mengedarkan risalah disetiap unit PPR & Rumah Pangsa dalam Kawasan Lembah Pantai. 

Risalah tersebut sebenarnya membuktikan Yang Berbohong Nurul Izzah tidak buat sebarang kerja atau menyelidik isi kandungan risalah tetapi dengan mudah COPY & PASTE kemudian mengedarkan kepada orang ramai.

Memang tidak dinafikan ISU PARKING sebenarnya satu masalah kepada semua penghuni di rumah pangsa. Bukan berlaku di PPR sahaja malah di KONDOMINIUM MEWAH pun masalah ini wujud.

Cuba kita lihat, di kawasan Pantai Hill Park, Vista Angkasa ataupun Pantai Panorama kita nilai sendiri berapa banyak kereta yang terpaksa parking di luar kerana tiada tempat letak kereta yang mencukupi. Bezanya, mereka yang tinggal di KONDOMINIUM MEWAH ini tidak parking belapis disebabkan DILARANG oleh Pengurusan bangunan mereka.

Tetapi, cuba Pengurusan PPR ini atau JMB melarang penduduk daripada menghalang kereta penduduk lain, silap hari bulan rasanya Pengerusi JMB teruk dikerjakan penduduk kot. Sebagai penghuni PPR ataupun Rumah Pangsa sepatutnya kita perlu memahami antara satu sama lain. Kalau dah halang kereta, pandai-pandailah letak NO TELEPON untuk senang dihubungi, bukan kena bayar pun.

Anda boleh kata DRNC atau Pengarah DBKL tak merasa tetapi kene ingat Ketua Cawangan 4 Peringkat  UMNO sendiri pun ramai yang duduk di PPR. Mereka juga sama-sama merasai masalah ini.

Yang perlu diingat sepanjang tempoh 5 tahun Yang Berbohong Nurul Izzah tidak pernah mengunkit atau tiada pelan tindakan daripada beliau pun untuk menyelesaikan masalah ini. Kenapa isu ini dibangkitkan untuk PRU 13? atau Yang Berbohong Nurul Izzah ini baru BANGKIT dari tidur? Fikirkan lah wahai sahabat.

Kalau benar beliau memperjuangkan masalah ini,  di muka surat berapa dalam MANIFESTO RAKYAT PRU 13 yang menekan kan berkenaan masalah ini? Kalau isu ini selesai di Lembah Pantai je, macam mana kat PPR Batu, Parlimen Tian Cuak takkan mereka pun nak diam. 

Umumnya, masalah ini kalau dapat diselesaikan pun perlu kos yang besar dan boleh dikatakan PROJEK MEGA sebab kat Malaysia ini banyak RUMAH PANGSA KOS RENDAH yang telah dibangunkan

Kalau ianya serius untuk diselesaikan, kenapa KERAJAAN SELANGOR tak nak selesaikanya di setiap Rumah Pangsa Kos Rendah yang dibangunkan oleh PKNS.

Cukuplah Yang Berbohong Nurul Izzah, jangan nak berbohong lagi. 

Sekian