Monday 21 January 2013

PENDIDIKAN PERCUMA, PROPAGANDA PEMBANGANG


SALAM 1 MALAYSIA.

Memang tidak dinafikan, ada negara yang memberikan pendidikan percuma kepada rakyatnya antaranya;

1) Argentina
2) France
3) Germany
4) Finland

Pendidikan percuma bermaksud pendidikan yang ditanggung melalui kutipan tax, tajaan  kerajaan  & syarikat swasta.

Bila dikaji daripada aspek ekonomi dan perbelanjaan negara, sekiranya pendidikan percuma ditawarkan maka secara langsung perbelanjaan untuk hal-hal lain perlu dikurangkan. Selain itu juga, untuk mengimbanginya cukai yang akan dikutip juga perlu dinaikan. Lihat jadual di atas, France antara negara yang menawarkan pendidikan percuma tetapi kutipan cukai pendapatan invidu adalah setinggi 75% dan GST 19.6%. Tetapi Malaysia hanya menggenakan 26% tanpa kutipan GST kepada rakyatnya. 

Merujuk pendapatan negara Malaysia 2010 adalah sebanyak RM 211 987 Juta. 



Untuk rekod, seramai 468, 808 orang pelajar lepasan SPM pada tahun 2011 dan sekiranya angaran kos pendidikan seorang pelajar ke IPT berjumlah RM 30 000.00 seorang maka kerajaan perlu membelanjakan  sebanyak RM  14, 064,240,000.00 Persoalanya, mampukah kerajaan kita memperuntukan dana sebesar ini?

Dengan agenda politik pembangkang, ingin memansuhkan TOL, MENURUNKAN HARGA MINYAK, MENURUNKAN HARGA KERETA, MEMBERIKAN ELAUN BULANAN KEPADA WARGA EMAS, KAUM IBU dan sebagainya. Adakah Kerajaan Pakatan Rakyat mampu untuk menyediakan pendidikan percuma?

Tepuk dada, tanya selera. Jangan disebabkan janji BULAN & BINTANG negara kita tergadai. Bersyukurlah dengan apa yang kita perolehi. Jangan sampai IJAZAH anak-anak kita nanti hanya menjadi penghuni tetap fail peribadi

Sekian. 

sumber : wikipedia, mohe.gov, google search.