Sunday 27 January 2013

BILA PANDAI TIDAK BOLEH DI AJAR : PART 3



Salam 1 Malaysia

Jika ditonton video ni, PEMBANGANG memperlihatkan MALAYSIA sekarang ini berada di zaman kelam dengan warga emas tidak terbela, orang muda susah mendapatkan pekerjaan, kos sara hidup naik, kes jenayah membimbangkan sehingga rakyat takut untuk keluar rumah.

Satu Propaganda PEMBANGANG yang cuba membohongi rakyat. Satu pembohongan yang nyata daripada mereka.

Tepuk dada tanya selera, . Daripada zaman pemimpin terdahulu sehinggalah kepimpinan DS Najib, Alhamdulilah kebajikan rakyat menjadi keutamaan kerajaan Barisan Nasional. Sebagai contoh, pembukaan tanah FELDA, BR1M, TR1MA, KR1M, BL1M dan sebagainya adalah untuk membantu dan menjaga kebajikan rakyat. Sebenarnya, setiap 1 sen pendapatan negara telah disalurkan terus kepada rakyat melalui pelbagai cara. 



Jangan mudah lupa juga, Kerajaan Barisan Nasional melalui NKRA memberikan tumpuan untuk mengurangkan jenayah dan Alhamdulillah ia berkesan, merujuk kepada jawapan Menteri Dalam Negeri pada 3/10/2012 bagi menjawap soalan daripada Yang Berbohong Nurul Izzah di Dewan Rakyat " jenayah harta benda telah turun daripada 29 534 kes kepada 19 791 kes " walaupun statistik masih tinggi tetapi objektif  dan cara untuk menurunkan kadar jenayah masih releven untuk diteruskan.

Tetapi kalau rujuk kepada cadangan Yang Berbohong Nurul Izzah yang dilaporkan media massa, beliau mengatakan Pakatan Rakyat merancang untuk mengurangkan angota polis sekiranya menang PRU 13. Macam mana nak kurangkan jenayah kalau angota polis dikurangkan? 


Rasanya sesusah-susah rakyat di MALAYSIA ini belum pernah dengar ada yang mati kebuluran. Sehinggakan golongan gelandangan pun telah disediakan tempat tinggal oleh Kem Pembangunan Wanita, Keluarga Masyarakat. 

Pikir pakai biar akal, jangan asyik nak COMPLAIN dan  jangan pikir semua yang Kerajaan BN buat sejak merdeka semua salah. Kene ingat juga Ketua Pembangkang sendiri pun pernah ada dalam Kerajaan BN dan pernah mengutarakan pelbagai dasar untuk kebajikan rakyat

Sekian.