Thursday, 24 January 2013

BILA BERCAKAP TIDAK PAKAI OTAK



Salam 1Malaysia

Lihatlah, bila orang yang tak tahu bersyukur. Daripada sebelum kita lahir sampai la dah besar panjang ni KERAJAAN BN yang korang keji ini lah banyak membantu rakyatnya.

Buktinya, tanya keluarga anda sendiri berapa duit yang dikeluarkan untuk buat CHECK UP semasa kita dalam perut lagi. Apa kemudahan yang tidak diberikan? Walaupun ramai orang kat KLINIK DESA tapi segala urusan berjalan lancar. (Melainkan kalau anda lahir n check up kat swasta la)

Pendidikan percuma? Berapa banyak yuran yang dibayar untuk bersekolah dari sek rendah ke menengah, Pinjaman buku teks percuma diberikan dan adakala nya siap hilangkan tak ganti balik. Sekarang ni siap ada bantuan RM 100 untuk pelajar sekolah lagi.

Berapa banyak subsidi kerajaan bagi? Kalau kata harga minyak tinggi tapi kerajaan masih  memberikan subsidi. Segala jenis bantuan kerajaan wujudkan untuk bantu rakyat tinggal lagi kita sebagai rakyat tak tahu macam mana nak dapatkan.

Pekerjaan? Berapa banyak pelaburan asing masuk untuk memberikan peluang kerajaan, itu semua atas keharmonian yang selama ini kita nikmati. Tiada syarikat asing nak berdagang kalau negara kita kacau bilau. Adakah semua itu zaman gelap? Tepuk dada, tanya selera.