Salam 1 Malaysia
Tatkala semua orang sibuk dengan aktiviti penyembelihan korban tanpa segan silu Nurul Izah datang dan kononya mereka lah hero dan mencari publisiti murahan
Bagaikan LEMBU PUNYA SUSU, SAPI DAPAT NAMA itu lah peribahasa yg sesuai untuk pemimpin seperti NURUL IZAH.
Hampir ke semua lokasi penyembelihan lembu korban di sertai oleh PEMUDA UMNO. Di Balai Islam Bkt B Kerinchi, Nurul Izah mendabik dada dengan 5 ekor lembu sumbanganya, kononya dia prihatin dengan orang Melayu di Lembah Pantai.
Untuk makluman, Senator Dato' Raja Nong Chik dan UMNO Bahagian menyumbangkan hampir 84 ekor lembu di semua masjid serta surau sekitar Lembah Pantai. Untuk makluman juga sumbangan dari UMNO Bahagian Lembah Pantai dan Senator DRNC adalah seperti satu kemestian setiap tahun tetapi baru tahun ini Nurul Izah memukul canang dengan sumbangan yang diberikan. kenapa tahun ini, tidak tahun-tahun yang lepas? Pancing undi untu PRU 13 ke?
Berita yang menyedihkan berlaku di depan mata LIPAN BARA. Majlis penyembelihan lembu korban di Surau Ihsaniah KRDP, sebanyak 12 ekor lembu disembelih 7 di antaranya adalah daripada kutipan oleh jemaah Surau Ihsaniah termasuk 1ekor sumbangan daripada DRNC. 5 ekor lagi dikhabarkan adalah dari sumbangan daripada sebuah syarikat tetapi sebenarnya adalah daripada Nurul Izah. Kemungkinan kalau di ceritakan hal sebenar, mungkin penyembelihan lembu Nurul Izah itu tidak berjaya. Aktiviti penyembelihan itu turut diberi bantuan penuh oleh UMNO CAW KG PANTAI dan disokong oleh tenaga kerja daripada PEMUDA UMNO CAW serta AADK.
Yang menyedihkan tiada sebahagian pun Lembu yang dikhabarkan disumbangkan oleh Nurul Izah itu dibahagikan kepada pertugas. Bukan niat untuk memburukan sekurang-kurangnya ia perlu dibahagikan kepada semua penduduk KRDP kalau ia benar-benar IKHLAS.