Wednesday, 16 October 2013

HARI INI DALAM SEJARAH : NURUL IZZAH DIPULAUKAN LAGI DI LEMBAH PANTAI


Salam 1 Malaysia

Seperti biasa setiap kali Hari Raya Korban semua pihak termasuklah Kerajaan BN, Pembangkang atau pun individu perseorangan akan memberikan sumbangan binatang ternakan untuk penyembelihan.

Tidak ketinngalan dikesempatan ini Nurul Izzah turutlah bersama memberikan sumbangan seekor lembu, tetapi keikhlasan sumbangan hanya Allah SWT yang mengetahui.

Seperti kelaziman, Pemuda UMNO adalah barisan hadapan yang bersedia untuk menjayakan progam-program penyembelihan yang dilaksanakan oleh masyarakat setempat. Nak tumbangkan lembu bukan senang beb, kene guna tenaga-tenaga orang muda baru boleh kan.

Nak dijadikan cerita penyembelihan lembu sumbangan Nurul Izzah ditumbangkan akhir sekali, yang menyedihkan pada awalnya tiada orang yang nak tumbangkan. Urusetia terpekik dan terlolong memohon bantuan. Kelihatan juga pada tempat kejadian "SETPOL" Nurul Izzah hanya pandang dari jauh jadi pemerhati. Apa barang beb, bawak datanglah bala tentera yang berarak kat "Blackout 505" tumbangkan lembu la.

Terbukti, macai-macai Pakatan Rakyat ni semua kurang cerdik, bila bab nak buat rusuhan beratus ribu turun "joint" dan bila bab kemasyaratan seperti biasa UMNO menjadi JUARA. Baik daripada masalah orang kurang upaya sehingga la masalah tanah perkuburan yang berhempas pulas selesaikan adalah orang UMNO.

Bukan bersifat riak tetapi nak tunjukkan kepada masyarakat umum yang buta dan  mengundi PAKATAN RAKYAT .

Renung-renungkan,

Sekian



LIPAN BARA TIDAK AKAN BERTANGGUNGJAWAP DENGAN KOMEN YANG ANDA BERIKAN

Monday, 14 October 2013

PEMILIHAN UMNO 2013 : PART IV



Salam 1 Malaysia

Mungkin ada yang ada diantara kita tak tidur malam menanti keputusan penuh Pemilihan UMNO 2013. Silap-silap kem pembangkang pun menantikanya sebab nak kenal PENDEKAR @ FIGHTER-FIGHTER Melayu yang akan ditentang mereka.

Salam tahniah kepada yang dipilih untuk menerajui Sayap UMNO di peringkat Bahagian & Malaysia. Kalah dan menang adat pertandingan, acap kali Lipan Bara menyeru kepada Pewakilan & Calon untuk rapatkan saf sama ada menang atau kalah untuk kelangsungan UMNO.

berikut adalah senarai terkini keputusan PEMILIHAN UMNO 2013

KEPUTUSAN PEMILIHAN PEMUDA

KEPUTUSAN PEMILIHAN WANITA

KEPUTUSAN PEMILIHAN PUTERI





LIPAN BARA TIDAK AKAN BERTANGGUNGJAWAP DENGAN KOMEN YANG ANDA BERIKAN

HADIAH ISTIMEWA HARI RAYA AIDIL ADHA : ALLAH UNTUK AGAMA ISLAM


Salam 1 Malaysia

Alhamdulillah, berkat doa pejuang-pejuang,  Kalimah Allah SWT tidak dibenarkan diguna pakai oleh akhbar mingguan The Herald

Keputusan yang amat bermakna sempena Hari Raya Aidil Adha, penat letih dan pengorbanan para pejuang telah berjaya setelah mengharungi pelbagai rintangan.

Alhamdulillah sekali lagi, sesungguhnya ALLAH SWT Maha Besar, dan mengetahui segalanya

ALLAH SWT FOR ISLAM


Selamat Hari Raya.





LIPAN BARA TIDAK AKAN BERTANGGUNGJAWAP DENGAN KOMEN YANG ANDA BERIKAN

Saturday, 12 October 2013

PEMILIHAN UMNO 2013 : PART III

Salam 1 Malaysia


Lipan Bara mengucapkan tahniah kepada Pewakilan yang hadir pada Pemilihan kali ini.

Tahniah kepada yang menang dan yang kalah jangan berduka. Kembalilah kepada wadah perjuangan demi memartabatkan Agama Islam dan Bangsa Melayu serta bekerjasama untuk kemenangan PRU 14.

Pemilihan kali ini dilihat satu proses pemilihan yang matang oleh ahli UMNO. Perbezaan ideologi diterjemahkan dalam bentuk pemilihan. Alhamdulillah, tiada kekecohan berlaku dalam pemilihan yang LIPAN BARA saksikan depan mata sendiri.

Syabas sekali diucapkan sekali lagi kepada calon dan pewakilan yang bijak memilih kepimpinan.

Sekian.









LIPAN BARA TIDAK AKAN BERTANGGUNGJAWAP DENGAN KOMEN YANG ANDA BERIKAN

Friday, 11 October 2013

PEMILIHAN UMNO 2013 : PART II





Salam 1 Malaysia

Sebelum ini Lipan Bara ada terbaca artikel di mana Pakata Rakyat sekarang ini sedang giat merancang strategi untuk menjatuhkan UMNO dari dalam dengan menggunakan penggaruh mereka yang kini ahli UMNO.

Atas sokongan padu kaum MELAYU semasa PRU 13 menolak Pakatan Rakyat mereka merasakan salah satu cara untuk  menang PRU 14 ialah "Menjatuhkan UMNO" terlebih dahulu. Tonggak kejayaan BN pada hari ini tidak dinafikan sebab kemenangan wakil UMNO dalam PRU 13.

Kebanyakan Bahagian UMNO pada hari ini ada pertandingan disetiap jawatan dan wujud 2 kem iaitu Kem A & Kem B. Kem A ini terdiri mereka yang menyandang kerusi ataupun mereka yang bertanding mendapat restu daripada Ketua Bahagian manakala bagi Kem B kebanyakan mereka ini menawarkan diri untuk bertanding dan ada di antara mereka ini bertanding atas kepentingan diri sendiri.

Modus operandi Pakatan Rakyat mudah, mereka menggunakan Ex-UMNO yang sekarang ahli Pakatan Rakyat bersama berkempen dalam Pemilihan UMNO kali ini. Mereka ini akan menyusup masuk dalam Kem B dan cuba memburukan kepimpinan sekarang yang kebanyakan dalam Kem A. Apa yang Lipan Bara lihat, mereka akan merosakan pemikiran Pewakilan dan dalam pada yang sama menyemai bibit-bibit kebencian dikalangan Ahli UMNO. 

UMNO memang demokrasi, sesiapa boleh bertanding tetapi perlu ingat wadah perjuangan kita sebenarnya sama iaitu menang PRU dan Mertabatkan Agama Islam serta Bangsa Melayu itu sendiri. Parasit UMNO ini perlu dimusnahkan sebelum menjadi VIRUS kepada UMNO itu sendiri.

Kepada Perwakilan, tidak perlu berfikir panjang. Pilihlah calon yang sudah mendapat restu dari pucuk pimpinan tidak perlu kita memperjudikan nasib Bangsa Melayu dan Agama Islam yang kita pegang. Kalau mereka benar-benar perjuangan mereka ikhlas, berkempenlah secara sihat dan tidak perlu untuk memburukan orang lain. Tidak perlu menggunakan EX -UMNO yang terang-terang menghina, mencaci  kita semasa PRU tempoh hari. 

UMNO adalah parti keramat, sekiranya hancur maka Bangsa Melayu dan Agama Islam juga akan dipinggirkan. Kembalikan kepada perjuangan dan fahami bait -bait lirik lagu UMNO yang kita selalu nyanyikan

Bersatu Kita Bersatu
Dengan Setia Berganding Bahu
Jiwa Teguh Berpadu
Kita Rumpun Melayu

Bersama Kita Bersama
Mendukung Hasrat Semua
Berjasa Pada Bangsa
Agama Dan Negara

Lambang Kita Yang Gagah
Dipandang Mulia Dan Indah
"Bersatu, Bersetia, Berkhidmat"
Cogan Katanya
UMNO Terus Mara
Untuk Rakyat Malaysia
Sekian

    



LIPAN BARA TIDAK AKAN BERTANGGUNGJAWAP DENGAN KOMEN YANG ANDA BERIKAN !!!!

Wednesday, 9 October 2013

PEMILIHAN UMNO 2013 : PART I





Salam 1 Malaysia

Selepas PRU 13, kini orang UMNO khususnya Calon yang akan bertanding untuk Persidangan UMNO nampak semakin meriah.

Melihat dengan sokongan penuh orang-orang Melayu dan sikap keterbukaan UMNO itu sendiri yang membuka peluang semua ahlinya untuk bertanding. 

Minggu ini, adalah minggu terakhir berkempen untuk Sayap-Sayap UMNO dan pada tanggal 12hb adalah penentu untuk mereka. Secara jujurnya Lipan Bara melihat Persidangan UMNO 2013 secara dekat. Tapi bagi Lipan Bara calon yang Jujur, Ikhlas dan Amanah itu perlu dipilih untuk kelangsungan UMNO itu sendiri.

Bagi Calon, jangan risau sekiranya ada rezeki anda akan mengecapi cita-cita yang dihajati. Tidak perlu untuk kita bermasam muka sekiranya kalah dan kalau menang jangan lupa orang lain, Perjuangan kita hanya satu untuk Mertabatkan Agama Islam dan Bangsa Melayu, tak guna kalau apa yang kita perolehi sekarang ini tergadai ke tangan orang lain.

Selamat bertanding kepada Calon


Kat sini Lipan Bara nak berkongsi juga senarai nama calon untuk Sayap. So, tepuk dada tanya selera


CALON WANITA UMNO MALAYSIA

CALON PEMUDA UMNO MALAYSIA

CALON PUTERI UMNO MALAYSIA






U ULANG, I SAMAN



Salam 1 Malaysia

Panas dengan gelagat Zahid Hamidi bila menemplak wartawan daripada Malaysia Kini. Bila lu olang buat kat TV3 korang tak nak melenting lak kan.

Mungkin kes Zahid Hamidi ini buat kita lupa cara Anwar Ibrahim menjawap pertanyaan daripada TV3 khususnya. Nak buat macam mana semua kotor daripada KERAJAAN BN mereka nampak, Kes LIWAT depan mata pun mereka kata bohong. Tapi kalau nak tahu kebenaran kes Liwat sila tanya Karpal Singh, Lipan Bara bukan peguam dia pun.

Anyway, tepuk dada tanya selera.

sekian.

ZAHID HAMIDI : CALON NAIB PRESIDEN UMNO ( 01 )