Saturday, 15 June 2013

BILA KATA BODOH MARAH

Salam 1 Malaysia

Ni bukti, bila dah pandai tak boleh di ajar. Ada ke patut heret budak 10 tahun kejalanan. Motif? satu je persoalan. LAYAK KE UMUR 10 TAHUN UNTUK MENGUNDI?   Sedih.... nak buat macam mana, ketua dier pun ADA YANG DIGANTUNG IPTA. 


Sunday, 9 June 2013

SAHABAT CERMIN PERIBADI KITA


Salam 1 Malaysia.

siapa kenal Erdogan angkat tangan.

sebelum PRU 13, Si GILA KUASA heboh bahwa beliau dijemput Erdogan untuk bercakap di negara beliau.

Kini,  negara tersebut baru selesai PRU seperti Malaysia. Dan kini memasuki satu fasa di mana satu pihak yang tidak dapat menerima kekalahan membuat tunjuk perasaan. 

Adakah sikap Si Gila Kuasa ini sama sekiranya menang PRU 13 tempoh hari sama macam Erdogan? Sahabat adalah cermin peribadi kita. Tidak mustahil sekiranya Si Gila Kuasa jadi PM mereka yang membantah lagi teruk dikerjakan. 

Undang -undang yang ada pun mereka boleh langgar silap hari bulan lepas jadi PM, segala undang-undang yang kita pakai mereka tukar. Silap hari bulan kita merempat di tanah air sendiri.

sekian





Tuesday, 28 May 2013

MELAYU JANGAN TERTIPU LAGI

Salam 1 Malaysia.

Untuk renungan kita terutama Kaum Melayu. Ini bukan RASIS tetapi ianya sebuah kenyataan. Berpijaklah dibumi yang nyata. 

Selepas kegagalan PAKATAN RAKYAT untuk menukar tampok pemerintahan negara Malaysia  melalui PRU mereka melakukan pelbagai provakasi. Himpunan BLACKOUT505 sebagai wadah perjuangan mereka. 

Melihat daripada apa yang dilakukan mereka mengambarkan PRU di Malaysia ini sebagai kotor. Mereka menjadi bongkak apabila undi popular memihak kepada PAKATAN RAKYAT. Mereka merasakan PM perlu berlandaskan undi popular. Tetapi, perbentukan kerajaan di Malaysia ini adalah berdasarkan KERUSI PARLIMEN. Rasanya semua paham dengan konsep tersebut. Tetapi sebaliknya bagi penyokong dan pemimpin PAKATAN RAKYAT yang gila kuasa.

Kalau dilihat, BLACKOUT505  hanya disokong oleh DAP dan sebilangan ahli PKR & PAS. Manakala ada sebilangan pengundi dan penyokong mereka tidak bersetuju dengan protes ini contohnya Azmin Ali.

Kenapa DAP beria-ria menyokong penuh idea Si Gila Kuasa? Jawapan nya mudah, INI KALILAH DAP sebenarnya perlu menggunakan peluang untuk menguasai POLITIK MALAYSIA yang selama
ini diterajui oleh MELAYU. 

Melihat daripada jumlah kerusi parlimen yang dimenangi oleh Pakatan Rakyat, DAP sebenarnya memenangi lebih 50 % daripada jumlah kerusi PAKATAN RAKYAT diperolehi. Kalau undi popular diambil kira dan Si Gila kuasa menjadi PM, siapakah DIRECTOR & siapakah PATUNG yang hanya tunduk dengan segala arahan? TEPUK DADA, TANYA SELERA.

Tidak mungkinlah DAP hanya akan diam diri walhal dalam masa sekarang ini mereka sebenarnya lebih berkuasa. Adakah itu yang anda mahukan, Satu stadium mendoakan BN/UMNO tumbang tetapi    ALLAH SWT BERSAMA UMNO. Perjuangan UMNO/BN selama ini diberkati dan berkat daripada itu pelbagai limpah kunia, nikmat serta anugerah daripada ALLAH SWT kita rasai.

Melayu, jangan tidur lagi. Ini Tanah Melayu yang harus anda perlihara. Islam Agama Rasmi kita wajib untuk kita mempertahankan Kalimah Allah SWT. 

Sekian

Friday, 17 May 2013

SIAPA YANG MENIPU & SIAPA YANG TERTIPU

Salam 1 Malaysia

Wahai melayu jangan tertipu dengan pembangang lagi. Satu Malaya pembangan memfitnah kata BN bawa pengundi bangla tetapi kalau dikira majoriti paling besar adalah milik DAP


Penambahan majoriti daripada 2008 di Parlimen Seputeh, Bukit Mertajam dan Serdang melebihi 15k pada PRU 13



*** Sila baca ruangan ADUAN

Siapa yang menipu & yang pasti Melayu yang tertipu ?

Ini bukan RASIS tapi lihatlah mereka yang yang sebenarnya mahukan MALAYSIA ini di- UBAH sebab bagi mereka POLITIK MALAYSIA adalah benda yang mereka sukar untuk kuasai. Yang nyata, satu hari nanti Pakatan Rakyat akan bertukar menjadi PAKATAN BONEKA.

"JANGAN SUDAH  TERHANTUK BARU NAK TERNGADAH" 

Jangan terkejut kalau apabila mereka di tampok pemerintahan Perlembagaan di - UBAH dan Hak Melayu dan Bumiputra dimansuhkan. Pada masa itulah lagu Warisan (Anak Kecil) menjadi realiti.

Peringatan untuk kita yang masih sayangkan MALAYSIA. Jangan mudah terpedaya dengan politik kotor mereka. Mari kita semua  BERSATU

SUDAH TERBUKTI Barisan Nasional membela nasib semua bangsa di MALAYSIA sejak daripada Merdeka hingga sekarang. Tetapi selepas bebasnya SI GILA KUASA semua jadi haru-biru. 


Sekian.

Sunday, 12 May 2013

PEMBANGANG JANGAN SYOK SENDIRI

SALAM 1 MALAYSIA

Berikut analisa PRU 13 daripada Lipan Bara.

Seperti mana yang kita tahu BN berjaya mempertahankan tampok pemerintahan apabila menang 133 kerusi parlimen. Manakala Pakatan PKR-DAP & PAS hanya menang 89 kerusi parlimen.

Jika kemenangan mengikut percalonan parti politik, UMNO sebenarnya menang besar dalam PRU 13 iaitu menang 109 kerusi daripada 120 kerusi yang ditandingi. Ini boleh dikatakan UMNO berjaya menjadi Juara Rakyat.

Apa yang dapat dirungkai daripada PRU 13 ini sebenarnya mengambarkan UMNO melalui Barisan Nasional adalah sebuah parti yang relevan untuk bangsa Melayu khasnya. PRU 13 ini juga memberikan mesej yang jelas bahawa MELAYU masih bersama UMNO dan percaya UMNO sebagai sebuah organisasi yang boleh membela nasib mereka.

PRU 13 ini juga mengambarkan PKR dan PAS sebenarnya ditolak oleh pengundi walaupun heboh satu malaya mereka memperolehi 51% undi popular. Kalau dijumlahkan, PKR & PAS bertanding 172 untuk kerusi parlimen tetapi mereka hanya menang 51 kerusi (29.6%)

PRU 13 juga memberikan mesej jelas pengundi Melayu menolak Anwar Ibrahim yang mempunyai pelbagai masalah peribadi. Yang lebih jelas, isu kalimah ALLAH SWT sebenarnya adalah punca PAS ditolak. Perjuangan ISLAM PAS sebenarnya dilihat adalah mainan politik semata.

Kesimpulanya, PKR & PAS hanya memperbodohkan pengundi mereka untuk POLITICAL MILLAGE. Harapan, untuk PRU 14 akan datang, mengharapkan UMNO terutamanya perlu bekerja keras untuk menambah kerusi di kawasan majoriti Melayu. 

Kepada PEMBANGANG, kumpulkan dan penuhkan lah stadium yang pasti kena ingat anda sudah ditolak. 

MUHASABAH DIRI dan rakyat sebenarnya sudah penat dengan asakan politik - kata Azmin Ali, PKR

TERIMA QADA' & QADAR - Utz Harun Din, PAS







Monday, 29 April 2013

NURUL IZZAH SAH BERBOHONG


1) Bantuan kerusi roda? Berapa ramai penduduk OKU yang dapat? 
2) Bantuan Yayasan My Kasih? Berapa ramai orang yang berkemampuan dapat? KRONI sahaja ke? atau indah kabar dari rupa.
3) Membuka 2 Pusat Khidmat Masyarakat? Motif, adakah itu percapaian yang boleh dibanggakan. Persoalan berapa kali lawat kawasan dan masuk pejabat khidmat masyarakat sendiri?
4) Mengecat bangunan? Buktikan ianya hasil anda. Jangan nak berbohong Nurul Izzah.
5) Buktikan usaha untuk menambah parking di flat angkasa berjaya dilaksanakan, di mana kawasan lapang baru digunakan untuk dijadikan parking. Adakah ditepi-tepi jalan?
6) Sumbangan pelajar Sek Ren Agama Sri Pantai je ke? Kat Lembah Pantai ada satu sekolah agama je ke? Anyway, bukan ke Pengerusi PIBG orang Nurul Izzah
7) Melambatkan proses pemindahan penduduk Flat 4 Ting adalah usaha murni? Gila ke? Berapa ramai penduduk yang bersama Nurul Izzah & Berapa ramai yang menyokong usaha untuk projek tersebut? Tolong kirakan. 
8) Selama 5 tahun hanya bagi 200 soalan, apa implikasi di Lembah Pantai? Rasanya DRNC x banyak bertanya tapi lebih bekerja.
9) Dalam 5 tahun berapa jam yang diperuntukkan untuk berada di Lembah Pantai? Sila jawap.
10) Klinik kesihatan percuma? Cuma tanya ibu mengandung berapa kos buat check up kat Klinik Desa atau Klinik Kesihatan Kerajaan. Selama 9 Bulan, berapa ringgit mereka keluar?
11) Menangguhkan AES, adakah ianya dianggap berjaya dan akhirnya mahkamah membuktikan penggunaan adalah releven. Mcm x de kesan je. Lain lah kalau dimansuhkan.
12) Tusyen? Yang berbayar tu ke? Mana janji pendidikan percuma?
13) Sure ke skim warga emas Selangor dipanjangkan? Rasanya ramai kot warga emas dr Selangor yg tinggal di Lembah Pantai x tahu pape. Untuk kroni je ke?
14) Selama 5 tahun xde sumbangan ke surau atau masjid yang boleh dibanggakan. Kalau ada, kenapa x dedahkan?

NAIK HAIRAN, PECAPAIAN YANG DIKATAKAN SEBENARNYA HANYA TIN KOSONG.






Sunday, 21 April 2013

BUKTI MP PAKATAN RAKYAT TIDUR

Salam 1 Malaysia,

Lipan Bara menjawap REPORT CARD DRNC berkaitan kawasan TTDI

rujuk linkSINI

Sememangnya TTDI adalah di bawah kawalan DBKL tetapi ianya adalah dalam Kawasan Parlimen Segambut. Untuk rekod, Parlimen Segambut dimenangi oleh DAP pada PRU 12.

Antara isu yang dibangkitkan adalah kawasan parking dan gerai2 haram yang didirikan. Bagi LIPAN BARA, isu ini perlu dilaporkan oleh wakil rakyat DAP kaw tersebut sekiranya ia menimbulkan masalah kepada penduduk setempat. Di mana Wakil Rakyat DAP yang dipilih? Satu penggal sudah berlalu.

Sebenarnya REPORT CARD ini sebenarnya menunjukan KURANG CERDIKNYA penulis yang melemparkan tuduhan liar kepada DRNC. Apa yang dapat digambarkan, sebenarnya WAKIL RAKYAT PAKATAN RAKYAT tidak buat kerja dan hanya tahu membangkang tanpa usaha untuk kebaikan.

Nurul Izzah sendiri lebih pandai berbohong daripada buat kerja. Complaint kata BAZARIA PANTAI kecil, takda kelulusan drp BOMBA tapi x buat apa2.


Selamat Tinggal Nurul Izzah