Wednesday, 27 February 2013

MANIFESTO RAKYAT = MANIPU RAKYAT

Sumber : hulubalangKANAN

SALAM 1 MALAYSIA

BERIKUT ADALAH RINGKASAN MANIPU RAKYAT OLEH PR

“Manifesto Bukan Janji-Pakatan Hancurkan Rakyat”
Analisis awal intipati ‘Manifesto Bukan Janji’ PR :

1) Caruman Wanita & Bantuan Warga Emas
Mahu dilaksanakan di peringkat persekutuan, namun tawaran sebegini telah ada pada Manifesto PR Selangor pd PRU-12 namun adakah terlaksana?
Mencarum takaful RM2500 utk warga emas, memberi elaun ibu tunggal dan memberi elaun khas kepada suri rumah, sudah hampir hujung penggal, mana pelaksanaannya?

Peringkat negeri pun tak terdaya, inikan pula peringkat persekutuan!

2) Islam Agama Persekutuan- Di mana Hudud?
Apakah selama ini BN tidak menjunjung Islam sebagai agama rasmi persekutuan? Persoalan utama, di manakah pelaksanaan huhud yg dicanang-canang oleh PAS? Tiada langsung komitmen ke arah pelaksanaan hudud disebut dalam manifesto ini, adakah PAS terpaksa melupakan asas perjuangan mereka dek kerana tekanan dari DAP dan PKR?

Semua maklum, pertelagahan isu hudud dalam PR sangat kronik terutama antara DAP dan PAS! Akhirnya, PAS terpaksa mengaku kalah! Dan yg terbaru HADI AWANG memperdagangkan Kalimah ALLAH SWT. APA KEJADAH NYA

3) Gaji Minimum RM1,100??
Apakah PR terlepas pandang bahawa komitmen ini sedang dalam proses pelaksanaan. Kementerian Sumber Manusia bersetuju melaksanakan gaji minimum pada kadar RM900, kadar yang berpatutan mengikut kemampuan industri, apakah PR semberono menaikkan kadar kpd rm1100? Gabungan Dewan Perniagaan dan Perindustrian Cina Malaysia pernah menyarankan sekiranya kadar minimum ditetapkan tinggi ianya akan membawa kesan negatif kepada perniagaan dan boleh menyebabkan gulung tikar.

Tidak gentarkah sokongan Cina hilang wahai pemimpin PR?

4) Tawaran 'Hapuskan' dominan!
Projek Lynas, projek RAPID di Pengerang, 1Malaysia Development Berhad (1MDB), konsesi-konsesi tol, Syarikat Perumahan Negara Berhad dan PTPTN adalah antara yang ditawarkan untuk dihapuskan sekiranya mereka berkuasa. Tawaran mereka ini hadir tanpa sebarang mekanisme yang jelas! Kata mahu mewujudkan 1juta peluang pekerjaan namun segala projek dan agensi yang dikatakan 'milik kroni BN' hendak dihapuskan, apakah nasib-nasib pekerja di situ? Adakah ini dinamakan 'Kerajaan Rakyat'?

Ingatan buat PR, jangan terlalu buas menawarkan pelbagai penghapusan, takut nanti, rakyat sendiri menghapuskan kalian!

5) Hapus dan Batalkan AES
Ini adalah tindakan populis! Siapa kata tiada pendekatan pendidikan dan amaran berkenaan keselamatan jalan raya selama ini? Apa pula method pendidikan dan amaran berkesan yang hendak dicadangkan PR? YB TG Nik Aziz, apakah pula ilmu yang hendak diajar apabila kes salah laku lalu lintas ini boleh 'dimaafkan'?
Soal ratusan nyawa hilang di jalan raya, memandu melebihi had laju serta melanggar lampu isyarat, tindakan ini sebenarnya menunjukkan PR tamak kuasa hingga hilang nilai nyawa rakyat jelata!

6) Perumahan Selesa?
Di Pulau Pinang, Laporan Audit Negara mendapati tiada langsung rumah selesa mampu milik dibina. Malahan, golongan berpendapatan sederhana didapati sukar membeli rumah kerana purata harga rumah dijual pada RM400,000 ,RM600,000 dan RM 1juta. Di Selangor pula, Projek Datum Jelatek adalah bukti jelas komitmen PKNS telah jauh songsang dari matlamat asal penubuhannnya. Harga dari serendah RM700,000 kepada jutaan ringgit, inikah terjemahan 'rumah selesa mampu milik' oleh PR?

7) Turun Harga Kereta
Kata hendak tingkatkan kualiti pengangkutan awam supaya rakyat tidak lagi bergantung kepada penggunaan kereta, namun dicadangkan juga harga kereta turun supaya rakyat mudah beli, di manakah fokus pelaksanaan PR ini?
Kemudian, dalam tawaran PR kali ini, langsung tidak dinyatakan komitmen untuk meningkatkan kualiti jaringan trafik dan lalu lintas, bayangkan apabila harga kereta turun rakyat mudah beli, apa akan jadi pada jaringan lalu lintas yang sudah sedia padat ini? Tambah masalah baru adalah hobi PR!
Seperkara lagi, menggalakkan rakyat berhutang atas liabiliti kerana semurah mana pun harga kereta, kereta masih satu liabiliti ! Ini ilmu apa pula yang hendak diajar kepada rakyat ?

Atau, pemimpin PR sudah berangan-angan hendak menempah semula Toyota Camry 2.4 sebagai kenderaan rasmi mereka, akibat kempunan satu ketika dahulu........

Sahabat 1Malaysia, walau apa yang dicanangkan, berpeganglah kepada pesanan seorang pemimpin PR, Tan Sri Khalid Ibrahim bahawa ‘manifesto bukanlah satu perjanjian’ akibatnya intipati ‘”Manifesto Bukan Janji’: Pakatan Hancurkan Rakyat” HANYALAH retorik, populis dan tidak jelas hala tujunya!

Saturday, 23 February 2013

PENTAS PAHLAWAN -STADIUM MPS SELAYANG

Salam 1 Malaysia,

Memandangkan ini hari minggu Lipan Bara saja jalan-jalan cari pasal. Singgah di Stadium Selayang terlihat ada satu program PENTAS PAHLAWAN anjuran Pakatan Rakyat, Program berlangsung daripada pagi sehingga ke malam.

Kebetulan, pada jam 9 malam sepatut nya ada ceramah tetapi sekadar pemerhatian Lipan Bara, setakat  jam 9.30 malam pengunjung yang hadir HANYA 10-20 orang. Ini luar biasa, sebab kaw parlimen tersebut diwakili oleh PKR dan kalau melihat kawasan setempat ramai diantaranya ahli PAS tetapi amat malang sekali program tiada SAMBUTAN.

Adakah ini tanda ramai menolak politik fitnah PEMBANGKANG?

Ada mata lihat , ada telinga dan ada otak PIKIR-PIKIRKAN LAH.

Sekian

*maaf, kali ni tiada gambar atas faktor keselamatan.

5000 JULANG PLAKAD ANWAR IBRAHIM ?

SALAM 1 MALAYSIA

laporan ikhlas daripada KEADILAN DAILY, 5000 orang pelbagai kaum julang plakad  x percayaBACA SINI


Mohon pakar matematik tunjuk ajar. Lipan Bara ni tak lulus ilmu hisap mengira pun tak pandai. Erm.....tolong ye.

Pesanan khidmat masyarakat. JANGAN NAK MEMBONGAK.


sekian



Friday, 22 February 2013

YANG BERBOHONG NURUL IZZAH MAIN KOTOR

Salam 1 Malaysia.

Yang Berbohong Nurul Izah membuat satu provakasi kurang ajar.

Anak didikan Yang Berbohong Nurul Izah atau HAIWAN yang menerima BR1M tetapi tidak tahu menghormati orang lain sudah melancarkan perang.

Jangan salahkan orang lain kalau-kalau poster/banner PKR diturunkan sebab semua ini dimulakan oleh pihak anda.

Ada mata pandang, ada telinga dengar. PIKIRKAN LAH



Thursday, 21 February 2013

PENERIMA BR1M ADALAH HAIWAN?

Salam 1 Malaysia,

Akhirnya, usaha murni KERAJAAN BN untuk kongsi pendapatan negara bersama rakyat tanpa mengira pahaman politik telah disalah ertikan PEMBANGANG. 

Mungkin RM 500 dan RM 250 melalui BR1M 2.0 yang diagihkan tidak besar nilainya tetapi dengan nilai    itulah rakyat bawahan yang berpendapatan kurang daripada RM 3000 dapat belanja barang dapur sekurangnya-kurangya untuk stok 2-3 bulan.

Nilai sendiri apa yang terjadi di depan mata kita semua. dan renungkan lah, adakah penerima seperti dibawah ini adalah HAIWAN?




Ada mata pandang, ada telinga dengar. Jangan kerana taksub nasib rakyat lain diperjudikan.

Sekian

YANG BERBOHONG NURUL IZZAH MENAGIH SIMPATI


INI ADALAH SATU PEMBOHONGAN YANG NYATA.

Di pihak DRNC tiada satu persetujuan pun untuk berdebat, tetapi di pihak YANG BERBOHONG Nurul Izah khususnya Asyik Mau Kencing (AMK) Lembah Pantai sudah pun mengedarkan risalah yang kononya ada satu DEBAT akan diadakan.

Nyata ini satu cara menjual nama DRNC untuk menagih simpati Pengundi Lembah Pantai. Mungkin merasakan Pengundi Lembah Pantai sudah beralih arah, pihak PEMBANGANG cuba membuat provokasi seperti ini.

Semalam, semasa perasmian BILIK GERAKAN BN PDM PANTAI HILL PARK, DRNC mengatakan ia memang tidak akan berdebat tetapi mahukan YANG BERBOHONG NURUL IZZAH untuk menyenaraikan apa kerja yang telah dilakukan sepanjang satu penggal di Lembah Pantai selain tahu mempertikaikan segala benda baik yang KERAJAAN BN lakukan.

Sekian

Saturday, 9 February 2013

RASUAH TERANG-TERANGAN OLEH PAS



RM 10 k untuk bahagian daging kambing yang dipotong oleh TGNA. Lihat lah, bagaimana RASUAH yang diamalkan oleh pengikut hamPAS. Sampaikan nak makan pun mereka sanggup buat macam ni. Atas dasar menderma untuk pilihanraya ia diHALALkan oleh puak mereka. Pada hakikatnya ini adalah RASUAH untuk mendapatkan sesuatu balasan. 

Baik dengan 10k tersebut, yang memberi itu beli beberapa ekor kambing mintak TGNA sembelihkan dan sedekah kepada anak yatim lagi bagus, semua dapat rasa dan lagi afdal kalau nak dapatkan barakah ulama. 

Sekian