Sunday, 27 January 2013

Pening Dengan HamPAS

Salam 1 Malaysia

TG Nik Aziz pernah berkata haram kita sambut Maulidur Rasul kerana tiru kristian. 



Macam mana kalau kita sambut BIRTHDAY pula? 


saya ni PENGUNDI BN takde tiket ke syurga.....maaf ye

BILA PANDAI TIDAK BOLEH DI AJAR : PART 3



Salam 1 Malaysia

Jika ditonton video ni, PEMBANGANG memperlihatkan MALAYSIA sekarang ini berada di zaman kelam dengan warga emas tidak terbela, orang muda susah mendapatkan pekerjaan, kos sara hidup naik, kes jenayah membimbangkan sehingga rakyat takut untuk keluar rumah.

Satu Propaganda PEMBANGANG yang cuba membohongi rakyat. Satu pembohongan yang nyata daripada mereka.

Tepuk dada tanya selera, . Daripada zaman pemimpin terdahulu sehinggalah kepimpinan DS Najib, Alhamdulilah kebajikan rakyat menjadi keutamaan kerajaan Barisan Nasional. Sebagai contoh, pembukaan tanah FELDA, BR1M, TR1MA, KR1M, BL1M dan sebagainya adalah untuk membantu dan menjaga kebajikan rakyat. Sebenarnya, setiap 1 sen pendapatan negara telah disalurkan terus kepada rakyat melalui pelbagai cara. 



Jangan mudah lupa juga, Kerajaan Barisan Nasional melalui NKRA memberikan tumpuan untuk mengurangkan jenayah dan Alhamdulillah ia berkesan, merujuk kepada jawapan Menteri Dalam Negeri pada 3/10/2012 bagi menjawap soalan daripada Yang Berbohong Nurul Izzah di Dewan Rakyat " jenayah harta benda telah turun daripada 29 534 kes kepada 19 791 kes " walaupun statistik masih tinggi tetapi objektif  dan cara untuk menurunkan kadar jenayah masih releven untuk diteruskan.

Tetapi kalau rujuk kepada cadangan Yang Berbohong Nurul Izzah yang dilaporkan media massa, beliau mengatakan Pakatan Rakyat merancang untuk mengurangkan angota polis sekiranya menang PRU 13. Macam mana nak kurangkan jenayah kalau angota polis dikurangkan? 


Rasanya sesusah-susah rakyat di MALAYSIA ini belum pernah dengar ada yang mati kebuluran. Sehinggakan golongan gelandangan pun telah disediakan tempat tinggal oleh Kem Pembangunan Wanita, Keluarga Masyarakat. 

Pikir pakai biar akal, jangan asyik nak COMPLAIN dan  jangan pikir semua yang Kerajaan BN buat sejak merdeka semua salah. Kene ingat juga Ketua Pembangkang sendiri pun pernah ada dalam Kerajaan BN dan pernah mengutarakan pelbagai dasar untuk kebajikan rakyat

Sekian.




Friday, 25 January 2013

BILA BERCAKAP TIDAK PAKAI OTAK : PART 2

Salam 1  Malaysia

Isu khalimah ALLAH SWT yang kita tahu telah didagangkan oleh PUCUK PIMPINAN PAKATAN RAKYAT. Dan apabila liputan terhadap permasalahan itu diberi tumpuan oleh media massa, pihak PRO PEMBANGKANG mengatakan ianya diputar belitkan dan mencetuskan kemarahan rakyat. 

Hello friend's, selama ini isu KHALIMAH ALLAH SWT tidak pernah dibangkitkan oleh mana kaum sehingga la bil PAKATAN RAKYAT naik tocang sanggup menggunakan ISLAM untuk tujuan politik.

Lipan Bara sempat membaca BLOG PRO PEMBANGKANG menggenai isu ini, Tepuk dada, tanyalah selera. Lihat lah sendiri apa yang diperkatakan



Dah terang lagi bersuluh, Kalimah ALLAH SWT sememangnya hak ISTIMEWA agama ISLAM dan dah dipersetujui oleh MAJLIS SYURA PAS sendiri.




Thursday, 24 January 2013

BILA BERCAKAP TIDAK PAKAI OTAK



Salam 1Malaysia

Lihatlah, bila orang yang tak tahu bersyukur. Daripada sebelum kita lahir sampai la dah besar panjang ni KERAJAAN BN yang korang keji ini lah banyak membantu rakyatnya.

Buktinya, tanya keluarga anda sendiri berapa duit yang dikeluarkan untuk buat CHECK UP semasa kita dalam perut lagi. Apa kemudahan yang tidak diberikan? Walaupun ramai orang kat KLINIK DESA tapi segala urusan berjalan lancar. (Melainkan kalau anda lahir n check up kat swasta la)

Pendidikan percuma? Berapa banyak yuran yang dibayar untuk bersekolah dari sek rendah ke menengah, Pinjaman buku teks percuma diberikan dan adakala nya siap hilangkan tak ganti balik. Sekarang ni siap ada bantuan RM 100 untuk pelajar sekolah lagi.

Berapa banyak subsidi kerajaan bagi? Kalau kata harga minyak tinggi tapi kerajaan masih  memberikan subsidi. Segala jenis bantuan kerajaan wujudkan untuk bantu rakyat tinggal lagi kita sebagai rakyat tak tahu macam mana nak dapatkan.

Pekerjaan? Berapa banyak pelaburan asing masuk untuk memberikan peluang kerajaan, itu semua atas keharmonian yang selama ini kita nikmati. Tiada syarikat asing nak berdagang kalau negara kita kacau bilau. Adakah semua itu zaman gelap? Tepuk dada, tanya selera.

BILA PANDAI TAK BOLEH DIAJAR : PART 2


Salam 1Malaysia,

Lihatlah, bila sesorang itu kononya nampak bersih luaranya, tapi sebenarnya tidak. Ingatkan bila berhijab dah tahu hukum hakam sesuatu perkara. Rasanya tiada salahnya kalau kita nak menghafal apa-apa lagu selagi lirik lagu itu tidak mendatangkan cacian kepada ISLAM. 

Janganlah mudah untuk kita sewenang-wenangya menjatuhkan hukum kepada sesuatu perkara sekiranya ianya bukan tergolong dalam perkara-perkara syirik atau bertentangan dengan ISLAM.

Kalau PAKATAN RAKYAT perintah pun belum tentu yang sesat itu akan kembali ke pangkal jalan selagi diri sendiri tak nak berubah. 

Sekian.

BILA PANDAI DAH TIDAK BOLEH AJAR


Salam 1Malaysia

Mungkin sibijak Zunar Kartunis tidak tahu cerita asal disebalik projek ini. Untuk pengetahuan, melalui PEJ BAHAGIAN UMNO LEMBAH PANTAI, mereka telah mendapatkan dana untuk menampung kos baik pulih yang menyebabkan runtuhan dinding di tanah perkuburan ini.


Rasanya memang tak salah kalau papan tanda itu menulis ia adalah daripada usaha Dato Raja Nong Chik dan Pejabat UMNO Lembah Pantai. Dengan siapa lagi penduduk itu nak berharap, sedangkan YANG BERBOHONG NURUL IZZAH pun tak ambik KISAH tentang kejadian ini.

Untuk rekod, Perkuburan Islam Ini hanya 50 meter daripada Pejabat Yang Berbohong Nurul Izzah.

Memang dari sebelum PARTI KEADILAN RAKYAT ditubuhkan PERKUBURAN ISLAM ini telah dijaga dan mendapat bantuan penuh daripada UMNO CAW KG PANTAI. Alhamdulillah, setiap pemasalahan dapat diatasi dengan bantuan UMNO BAHAGIAN LEMBAH PANTAI.

Bukan nak mendabik dada, tapi untuk pengetahuan setiap jenazah yang meninggal di dalam kawasan UMNO CAW KG PANTAI tanpa mengira fahaman politik, waris tidak perlu untuk mengeluarkan perbelanjaan untuk menguruskan jenazah. Semua ditanggung oleh UMNO CAW KG PANTAI. 

JIKA KAMU RASA BN/UMNO ini zalim, tapi perlu diingat. Parti keramat ini tidak penah mengadaikan agama ISLAM untuk tujuan politik.

Sekian




BILA ASYIK MAU KOMPLAIN (AMK) BERSUARA




SALAM 1 MALAYSIA

Ini lah bukti, bercakap tak gunakan akal.

SYABAS adalah sebuah entiti SWASTA. Kalau betullah korang nak pejuangkan KEMBALIKAN HAK AIR, kenapa susah payah nak berhimpun, protes dan sebagainya. Ada baiknya minta KERAJAAN NEGERI SELANGOR untuk membeli semua SAHAM daripada pemilik....kan senang.

Tak payah nak pening kepala, kalau SYABAS dah jadi milik KERAJAAN NEGERI SELANGOR. Kalau nak air free pun mereka boleh bagi. 


Sekian