Monday, 6 August 2012

Nurul Izah Meroyan



Dewan kena rampas? Mercun dibaling? Statement YB Nurul macam MALAYSIA ini tak aman. Saya rasa penduduk kawasan situ dah tak suka YB kot. Difahamkan pada masa yang sama dalam jarak tidak sampai 50 meter Program Nur Ramadhan yang dianjurkan oleh Pej Khidmat Masyarakat BN Lembah Pantai sedang dijalankan. Program Nur Ramadhan tersebut pun telah lama dirancang dan kali ini tahun kedua dibuat  di kawasan itu secara tidak langsung dah dikira acara tahunan di bulan Ramadhan.


Dari segi logiknya, sebenarnya YB Nurul macam menjolok sarang tebuan dan  menyerang majlis anjuran Pej Khidmat Masyarakat BN Lembah Pantai. Program Nur Ramadhan yang turut dihadiri Senator Dato' Raja Nong Chik berjaya mengumpul hampir 1000 orang yang rata adalah penduduk di kawasan terbabit manakala di Majlis PKR hanya berjaya mengumpulkan kurang daripada 100 orang. 

Mungkin ada hikmah disebalik penganjuran 2 majlis itu semalam. Secara kesimpulanya, Pegawai Wakil Rakyat YB PKR Lembah Pantai kurang turun padang dan tidak berjaya mengenal pasti golongan-golongan  yang kurang kemampuan untuk mengagihkan zakat atau orang kuat PKR sendiri dah CANTAS budget untuk kepentingan diri sendiri. Lain pula bagi Pej Khidmat Masyarakat BN Lembah Pantai yang berjaya mengumpulkan ramai orang yang kurang berkemampuan untuk diagihkan bantuan. Persoalanya, kenapa malas PKR nak buat kerja lepas menang di Lembah Pantai. dah bagi peluang hampir satu penggal pun tidak mampu untuk mengenal pasti penduduk Lembah Pantai.......sedih kepada sesiapa yang penah mengundi PKR.

Dimaklumkan oleh Senator Dato' Raja Nong Chik sendiri Program Nur Ramadhan ini ada enam(6) Fasa, dan semalam adalah yang pertama. Hebat orang UMNO/BN Lembah Pantai ini, walaupun tewas di PRU 12  mereka masih bekerja sepenuh keringat walaupun majoriti rakyat dahulunya menolak. Tetapi kini, dilihat UMNO/BN sudah kembali menjadi pilihan warga Lembah Pantai.




PEMBANGANG SEMEMANGNYA BEBAL



Lihat lah dunia, dulu kes no plat sekarang ni kes Logo Kemerdekaan pula. Apa nak jadi dengan YB Lilin ni, kalau hati tu dah busuk, semua keputusan Kerajaan pun nak di spin kan. Patutlah Allah SWT pun tak mengizinkan untuk duduk lama sebagai MB. 

Sebenarnya PAS itu lagi MALANG asyik ditipu oleh DAP & PKR. Semua keputusan yang nak dibuat mesti kena pangkah dengan rakan-rakan SEWEL yang lain. Lipan Bara cadangkan supaya tukar nama parti kepada Parti Malang je............

sekian


Saturday, 28 July 2012

Kerja Kosong


Sekarang ni  pusing , menipu pun dah boleh claim duit........aku rasa blogger Pro BN/UMNO pun tak dapat macam Pro Pembangang dapat...........untunglah.




Wednesday, 25 July 2012

PEMBANGGANG DAH MULA MEROYAN



Anda nilai sendiri gambar ini. Rasanya apa kene mengene Bersih dalam PAKATAN PEMBANGANG? Tidak heran lah, kalau kita cakap Bersih itu sebenarnya ada kene mengene dengan mereka. Founder Bersih pun datang dari Barat so apa yang bleh cakap Pakatan ini sebenarnya memang ada kaitan dengan apa yang diperkatakan sebelum ini.


Pikir-pikirkan lah wahai sahabat. Jangan sampai KUCING KURAP ni menjahanamkan MALAYSIA.

Sekian

Saturday, 16 June 2012

Lebuhraya Rakyat : Hanya Sebuah Fantasi Politik


Reality atau Fantasi?

Angaran pembinaan RM 1.5-1.8 Billion dan tiada TOL. Kalau ia benar dilaksanakan alangkah baiknya kepada rakyat Kelantan tapi bagaimana dengan penyelengaraan Lebuhraya Rakyat ini. Adakah sekali lagi Kerajaan Kelantan akan mengutip derma? Itu persoalan yang perlu dipikirkan oleh Rakyat Kelantan. 

Bukan niat untuk menghalang atau mengutuk tapi setiap benda yang kita lakukan perlu untuk kita tanggungnya. Adakah selepas pembinaan Lebuhraya Rakyat ini dibina segala jenis cukai di Kelantan akan dinaikan untuk menanggung kos penyelengaraan? Yang pasti pengguna Lebuhraya Rakyat ini kelak bukan 100 % yang berasal daripada Kelantan itu sendiri. 

Realitinya, pembinaan Lebuhraya Rakyat ini hanya satu propaganda politik oleh kerajaan negeri untuk memenangi hati rakyat setelah melihat ombak badai GELOMBANG MERAH menghempas disetiap pemikiran rakyat Kelantan. Ternyata, kerajaan negeri sebenarnya TERDESAK dan mereka merasakan dengan idea pembinaan Lebuhraya Rakyat ini ianya berjaya menambat hati Rakyat Kelantan.

Tapi, kenapa baru sekarang idea ini dicernakan oleh Kerajaan Negeri?  Kalau dari segi matematik, Kerahajaan PAS sudah memerintah hampir 53 tahun dan kenapa sekarang baru mereka MEMAHAMI perit getir Rakyat Kelantan? Ini Sebenarnya keZALIMan yang rata-rata Rakyat Kelantan tidak nampak. Mungkin disetiap pemikiran Rakyat TOL itu satu penindasan. Tetapi jelas, kalau semua perkhidmatan diberikan PERCUMA siapa yang akan menangung kos-kos lain dan sudah tentunya Kerajaan Negeri/Kerajaan Persekutuan itu sendiri. Akibat daripada itu, cukai iaitu antara sumber pertama KERAJAAN akan dinaikan.

Bagi Lipan Bara ia mudah, tiada benda yang percuma dan setiap yang percuma itu mesti ade orang yang perlu ditanggung.


sekian.

Friday, 8 June 2012

TAHNIAH ADAM ADLI, USAHA ANDA TELAH BERJAYA


Salam,

Ucapan setinggi tahniah kepada Adam Adli serta Mahasewel & The Geng kerana usaha bersama Pakatan Rakyat untuk memansuhkan PTPTN berjaya di Selangor ( Unisel & KUIS).

Sememangnya itu yang diharapkan oleh kem Pakatan Rakyat. Terima Kasih kepada BN sebab mengotakan janji. Sedia maklum PTPTN di BEKUkan, (ulang).....di BEKUkan tapi kenapa tak mansuhkan .... mungkin ini adalah KAJIAN yang ingin dilakukan oleh PTPTN untuk melihat sejauh mana reaksi sekiranya PTPTN itu dimansuhkan. Kenapa UNISEL & KUIS? semua maklum PKR dan Anwar Ibrahim (orang yang meluluskan PTPTN a.k.a penasihat PKR) yang lantang menyuarakan agar PTPTN itu dimansuhkan. So, atas sikap keterbukaan, PTPTN memBEKUkan pinjaman kepada pelajar baru UNISEL & KUIS. 

Ini secara tidak langsung akan memudahkan PKR memberikan PENDIDIKAN PERCUMA kepada pelajar, kan bagus tu. Tapi hairan, bila benda ini diumumkan kem yang dahulunya MEMBANTAH (PKR) PTPTN sibuk pulak sekarang ni mengatakan BN zalim, APA KEJADAH NYA? dulu ludah n sekarang MENJILAT balik.......kata BERSIH, tapi nampak dah macam PENGOTOR.........



Yang lagi best, ade mengatakan UMNO/BN menzalami MELAYU........wow, 1st time LIPAN BARA dengar perkara ini diluahkan oleh pihak yang berkenaan. Kalau selama ni sibuk menidakan KETUANAN MELAYU sekarang dah pandai berbicara pasal MELAYU. Memang  Parti Kencing Rakyat. Yang lagi kelakar ade puak mengatakan kenapa menzalimi PELAJAR, memang kelakar gile beb, kalau masuk SUPER SPONTAN sure leh beat lawak ZIZAN & JOHAN. Tahukan PTPTN adalah pinjaman untuk PELAJARAN dan khusus diberikan kepada PELAJAR IPT......erm, mana penah dgr PTPTN  kuar kan pinjaman perumahan, kereta......dah sah- sah untuk pelajar, betul kan. 

Dengan tindakan ini, pelajar baru UNISEL & KUIS tidak akan terbeban dengan hutant PTPTN yang dianggap ah long oleh Pakatan Rakyat. Terima Kasih BN sebab membantu meringankan BEBAN pelajar. 

So MAHASEWEL & THE GENG tak nak ke buat perhimpunan membantah tindakan PTPTN ni. Kenapa senyap lak, anda kan HERO MAHASEWEL......Apa-apa pun, tahniah sekali lagi kepada andan yang membantah.


    



Wednesday, 6 June 2012

Buta Bila Gajah Di Depan Mata

Inilah  PAKATAN RAKYAT, selalu menuding jari kepada KERAJAAN BN/UMNO. Mungkin ada benarnya, bila kita menuding jari kepada orang lain pada yang sama 4 jari yang lain terarah pada kita. Suka Lipan Bara untuk mengatakan ini POLITIK KOTOR PAKATAN RAKYAT. 

Mungkin pengundi PEMBANGKANG a.k.a PEMBANGANG merasakan Pakatan Rakyat itu sangat betul dan tidak penah buat salah, sebenarnya tidak. Semua boleh lihat, seperti pepatah Melayu "Paku Dulang, Paku Serpih, Cakap Orang Dia Yang Lebih" 

Rasanya pengundi PEMBANGKANG a.k.a PEMBANGANG anda semua tidak buta, atau anda buat-buat tidak nampak BACKDROP di pentas itu. ADAKAH ITU BENDERA UMNO? BENDERA BN? . Moral of the story, kita manusia bukan nya MAKSUM dan sebelum menyalahkan orang lain lihatlah diri sendiri dahulu. 




"Bagaikan Tepuk Air Dalam Dulang, Akibatnya Tepercik Ke Muka Sendiri". Yang masih terpingga & tak pasti nak PANGKAH siapa rasanya anda boleh menilai. Sebenarnya Pakatan Rakyat ini cakap je parti lain teruk tapi dalam masa yang sama benda yang mereka sendiri buat ape yang mereka kutuk.

Ingat, Undi Kita Hanya Satu & Hanya Untuk BN