Tuesday, 16 April 2013

SELAMAT TINGGAL, NURUL IZZAH





Diwujudkan pada 29/3/2013, setakat jam 11:32, 16 April 2013 hanya 73 orang LIKES pages ini Betul ke bohong ni? Kalau di bezakan dengan pages Nurul Izzah, seramai 337K orang yang likes. mana perginya 336K yang lain? Adakah ini petanda awal tersingkirya Nurul Izzah di Parlimen Lembah Pantai?

Lawan nya, semua sudah tahu Dato' Raja Nong Chik Dato Raja Zainal Abidin. Seorang yang telah terbukti banyak jasanya di Lembah Pantai.


Pesanan khidmat masyarakat daripada Lipan Bara 

1) Nak jadi YB jangan pandai nak membangkang je tapi rajin-rajin buat kerja ok.
2) Jangan rajin makan kat kenduri orang je, datang2 lah Pej Sendiri buat kerja 

Sekian, 

#anakmudatolakpembangkang





Monday, 25 March 2013

.TAHNIAH KERAJAAN BN, TAHNIAH DS NAJIB, TAHNIAH RAIS YATIM & TAHNIAH DRNC

Salam 1 Malaysia.

Hari ini dalam sejarah, 

Parlimen Lembah Pantai dibanjiri penduduk setempat. Nyata jenama 1Malaysia kini menjadi satu kegilaan rakyat Malaysia.

Apa yang ditunjukan melalui  Program Kenali jiran Kita oleh Kem Penerangan menunjukan rakyat Malaysia Khususnya warga Lembah Pantai menerima Kerajaan BN. Sedia maklum, hari ini adalah Hari Isnin dan hari bekerja untuk semua tetapi ianya bukan menghalang kepada orang ramai untuk sama-sama menjayakan program ini. Amnya, kalau hari bekerja sukar untuk mengumpul ribuaan masyarakat tetapi Alhamdulillah atas prinsip Janji Ditepati kepercayaan Rakyat kini kepada BN adalah tinggi.

TAHNIAH KERAJAAN BN, TAHNIAH DS NAJIB, TAHNIAH RAIS YATIM & TAHNIAH DRNC






Sunday, 24 March 2013

PENDIDIKAN PERCUMA : INI SEMUA POYO

Salam 1 Malaysia

Ini semu poyo...kata nak bagi pendidikan percuma tetapi TUSYEN RAKYAT anjuran Yang Berbohong Nurul Izzah kene caj.

Walaupun caj RM 10.00 sebulan tak mahal tetapi takkan itu pun tak boleh nak payung. So jangan nak bercerita bagi waive BERJUTA RM untuk hapuskan PTPTN atau bagi pendidikan percuma, kalau tempat sendiri pun nak berkira. 



INI SEMUA POYO


sekian.




Saturday, 23 March 2013

YG BERBOHONG NURUL IZZAH : JANGAN MENANGGUK DALAM AIR YANG KERUH

Salam 1 Malaysia

Secara jujur Lipan Bara tidak mendapat apa-apa bayaran daripada DBKL ataupun daripada pihak Datuk Raja Nong Chik untuk menceritakan fakta sebenar ini

Minggu ini Yang Berbohong Nurul Izzah, mengedarkan risalah disetiap unit PPR & Rumah Pangsa dalam Kawasan Lembah Pantai. 

Risalah tersebut sebenarnya membuktikan Yang Berbohong Nurul Izzah tidak buat sebarang kerja atau menyelidik isi kandungan risalah tetapi dengan mudah COPY & PASTE kemudian mengedarkan kepada orang ramai.

Memang tidak dinafikan ISU PARKING sebenarnya satu masalah kepada semua penghuni di rumah pangsa. Bukan berlaku di PPR sahaja malah di KONDOMINIUM MEWAH pun masalah ini wujud.

Cuba kita lihat, di kawasan Pantai Hill Park, Vista Angkasa ataupun Pantai Panorama kita nilai sendiri berapa banyak kereta yang terpaksa parking di luar kerana tiada tempat letak kereta yang mencukupi. Bezanya, mereka yang tinggal di KONDOMINIUM MEWAH ini tidak parking belapis disebabkan DILARANG oleh Pengurusan bangunan mereka.

Tetapi, cuba Pengurusan PPR ini atau JMB melarang penduduk daripada menghalang kereta penduduk lain, silap hari bulan rasanya Pengerusi JMB teruk dikerjakan penduduk kot. Sebagai penghuni PPR ataupun Rumah Pangsa sepatutnya kita perlu memahami antara satu sama lain. Kalau dah halang kereta, pandai-pandailah letak NO TELEPON untuk senang dihubungi, bukan kena bayar pun.

Anda boleh kata DRNC atau Pengarah DBKL tak merasa tetapi kene ingat Ketua Cawangan 4 Peringkat  UMNO sendiri pun ramai yang duduk di PPR. Mereka juga sama-sama merasai masalah ini.

Yang perlu diingat sepanjang tempoh 5 tahun Yang Berbohong Nurul Izzah tidak pernah mengunkit atau tiada pelan tindakan daripada beliau pun untuk menyelesaikan masalah ini. Kenapa isu ini dibangkitkan untuk PRU 13? atau Yang Berbohong Nurul Izzah ini baru BANGKIT dari tidur? Fikirkan lah wahai sahabat.

Kalau benar beliau memperjuangkan masalah ini,  di muka surat berapa dalam MANIFESTO RAKYAT PRU 13 yang menekan kan berkenaan masalah ini? Kalau isu ini selesai di Lembah Pantai je, macam mana kat PPR Batu, Parlimen Tian Cuak takkan mereka pun nak diam. 

Umumnya, masalah ini kalau dapat diselesaikan pun perlu kos yang besar dan boleh dikatakan PROJEK MEGA sebab kat Malaysia ini banyak RUMAH PANGSA KOS RENDAH yang telah dibangunkan

Kalau ianya serius untuk diselesaikan, kenapa KERAJAAN SELANGOR tak nak selesaikanya di setiap Rumah Pangsa Kos Rendah yang dibangunkan oleh PKNS.

Cukuplah Yang Berbohong Nurul Izzah, jangan nak berbohong lagi. 

Sekian





Wednesday, 20 March 2013

PARLIMEN BELUM DIBUBARKAN.

SALAM 1 MALAYSIA.

Heboh 1 Malaya, parlimen sudah dibubarkan. Ramai juga PM dan ahli nujum. Dikhabarkan PM mengadap YDP AGUNG pada pagi 20 March 2013 mungkin pertemuan itu juga membincangkan hal -hal negara dan  mungkin mengenai PRU. 



Walau bagaimanapun, pembubaran parlimen telah dinafikan oleh PEJ JPM melalui twitter.

Tetapi yang pasti, PRU semakin hampir. Siap siagakan semua JENTERA BN untuk menolak FITNAH & POLITIK KOTOR PAKATAN PEMBANGANG

#tolakpembangkang

UNDI PAKATAN RAKYAT = UNDI KEHANCURAN


Mereka tertinggal sesuatu. NAK BAGI KRISTIAN GUNA KALIMAH ALLAH, UNDILAH BULAN.

Cetek sungguh pemikiran mereka, disaat demam PRU13 yang sedang melanda ini segala jenis psikologi mereka tonjolkan. Kene ingat kalau undi BULAN makna kita juga undi PAKATAN RAKYAT. Yang sedia maklum ada DAP n PKR di dalamnya, yang semua sudah tahu mereka ini membenarkan LBGT & PLURALISME AGAMA.

Yang terbaru, melalui Ex-Speaker Perak mencadangkan status Bumiputera dimansuhkan kerana tidak relevan. Peringatan, kalau taraf Bumiputera dimansuhkan, maka hak-hak kita sebagai melayu akan terhapus, tiada lagi Per 153, Perlembagaan Malaysia dapat dipertahankan. Dan mungkin suatu hari nanti kita akan MELUTUT DI TEPI GANTANG.



Jadikan petikan lagu WARISAN ini sebagai renungan untuk kita.

Anak kecil main api

Terbakar hatinya yang sepi
Air mata darah bercampur keringat
Bumi dipijak milik orang


Nenek moyang kaya-raya

Tergadai seluruh harta benda
Akibat sengketa di antara kita
Cinta lenyap di arus zaman







Saturday, 2 March 2013

LAHAD DATU, PROPAGANDA PEMBANGKANG

Salam 1 Malaysia



Pengorbanan 3 orang anggota PDRM yang terkubur demi mempertahankan tanah air dipersendakan oleh cacai PKR. 

Sebelum ini pihak mereka mempersendakan PDRM menggunakan kekerasan untuk menghalang perhimpunan BERSIH tapi mereka semua lupa, pihak keselamatan telah bersama berbincang dengan penganjur sebelum itu tetapi diendahkan.

Sama dengan isu LAHAD DATU, pihak keselamatan juga telah berbincang dan memberikan tempoh 10 hari untuk penceroboh keluar dengan selamat tetapi semalam mereka telah menyerang anggota PDRM. Kerjasama dengan kerajaan Filipina juga telah diusahakan untuk memangil mereka pulang dengan selamat tanpa sebarang kekerasan.

Tetapi kini, keegoan TENTERA KESULTANAN SULU hanya dapat dihalang dengan kekerasan. Bukan mudah untuk kita bertindak kerana melibatkan dua kerakyatan dan umum tahu pihak penceroboh juga adalah Orang Islam dan Melayu  sebagai sebuah negara yang majoriti Islam/Melayu pemimpin negara sudah tentu tidak mahu membunuh sesama agama dan bangsa.

Mungkin dipihak yang bukan beragama ISLAM suka apabila melihat kita sesama Islam bergaduh. Mereka juga telah mengatakan ini adalah drama ciptaan UMNO/BN. Tetapi media Filipina dan media asing serta perisik Filipina juga mengesahkan kehadiran penceroboh ini adalah atas jemputan PEMBANGKANG MALAYSIA. So siapa dalang sebenarnya

Memang perairan negara kini dikawal dengan sistem kelengkapan canggih serta anggota yang terlatih tetapi kita kena faham kalau setiap inchi perairan dikawal sudah tentu tiada kes pendatang haram di Malaysia ini. So janganlah kita hendak menyalahkan pihak berkuasa. Memang cakap bolehlah, cuba kita ditempat mereka.

Ada mata lihat, ada telingga dengar.

Sekian.