Thursday, 15 November 2012

Antara Anwar & Najib

Salam 1 Malaysia

Malaysia sangat harmoni, buktinya pada sambutan Depavali diraikan oleh Bangsa India dengan penuh aman tanpa ada masalah, mereka tidak dihalang untuk merayakanya. 

Kehadiran PM DSN Najib dan Ketua Pembangkang Anwar Ibrahim turut mendapat perhatian. Mereka ini kedua beragama  ISLAM tetapi hanya pandangan mereka membezakan mereka. Anwar dengan pandangan PLURAL telah membuktikan segalanya. Dimajlis sambutan tersebut Anwar hadir dengan lengkap LILITAN KEPALA  (mereka yang sambut tak pakai pun). Membuktikan Anwar ini memang pandai berlakon bila bersama puak PAS berlakon seperti  ULAMA, PKR sendiri dah pun melabelkan dia  sebagai IMAM MAHDI dan kalau dengan DAP LBGT disokongnya. Yang penting Anwar Ibrahim menabur janji kosong untuk meraih undi.


 

Lain pula dengan DSN Najib yang hanya berpakaian kemas dan ringkas. Tidak perlu untuk berlakon tetapi yang pasti segala JANJI DITEPATI. Terbukti dengan kebijaksanaan yang digunakan, beliau mampu untuk memastikan MALAYSIA ini sentiasa aman dan harmoni untuk semua. sebagaimana apa yang kita telah nikmati sejak MERDEKA



Sunday, 4 November 2012

NURUL IZZAH BERBOHONG & MENYOKONG KEBEBASAN BERAGAMA

Salam 1 Malaysia

Sekali lagi LIPAN BARA akan mendedahkan KEBODOHAN Ahli Parlimen Lembah Pantai Nurul Izzah.

Nurul Izzah dijemput menjadi salah seorang panel satu majlis anjuran Gereja Full Gospel Tabenacle, Subang untuk satu forum bertajuk Islamic State : Which Person: Which Responsibility ? 

Sedia maklum, Nurul Izzah bukanlah lulusan daripada sekolah agama dan merasakan beliau sebenarnya tidak layak untuk berbicara mengenai kebebesan agama.

Akibat KEBODOHANYA, Nurul Izzah mengeluarkan kenyataan "KEBEBASAN BERAGAMA HARUS DILAKSANAKAN SECARA ADIL TANPA MENGIRA AGAMA TERMASUK ISLAM"

Untuk menyelamatkan diri daripada dihentam Nurul Izzah mengeluarkan kenyataan kononya untuk mempertahankan kenyataan sebelum ini 


sebagai manusia jahil, terdetik LIPAN BARA mencari Ayat 256, Surah Al Baqarah dan hasilnya


Jelas, Nurul Izzah hanya menggunakan sepatah ayat tanpa mengambil kira keseluruhan maksud ayat tersebut dan sewenang-wenangya mempergunakan Al Quran untuk melepaskan diri. Sekali lagi memperlihatkan PKR berani mengadaikan Agama Islam untuk tujuan politik.

MANA TIDAK TUMPAHNYA LAUK KALAU TAK KE NASI......

PIKIR-PIKIR LAH WAHAI SAHABAT...........


Saturday, 3 November 2012

Betul ke Bohong : Nurul Izah nak sambut Halloween


Sah, demi politik AGAMA ISLAM DIGADAIKAN. Yang melaporkan adalah portal MALAYSIAKINI,  yang ungkapkan PAS PARIT BUNTAR MP, Mujahid Yusof Rawa. BETUL KE BOHONG?

Agak apa fatwa yang akan keluar dari mulut Nik Aziz n Hadi Awang. Inilah jadinya kalau Agama diperjudikan untuk politik.

Nurul Izah, tak nak bagi pendapat ke? Atau setuju dengan kenyataan berikut. Wa, warga Lembah Pantai akan sambut Halloween anjuran PKR.....Betul ke Bohong ni.



BUKTI NURUL IZAH TIDAK BUAT KERJA

Salam 1 Malaysia

Adakah ini bukan tanggungjawap Ahli Parlimen Lembah Pantai, Nurul Izah Anwar.
Mungkin mereka fikir mereka yang bersemadi di PEKUBURAN ISLAM BUKIT C2 ini tidak akan mendatangkan undi kemenangan kepada mereka. Kejadian ini menunjukan Nurul Izah hanya pandai bercakap, tapi tidak buat kerja di kawasan sendiri. Ibarat KERA DI HUTAN DISUSUKAN, ANAK DI RUMAH MATI KELAPARAN.

Untuk pengetahuan, Pintu Masuk Perkuburan Islam Bukit C2 ini tidak sampai 50 meter daripada Pusat Khidmat Masyarakat Ahli Parlimen Lembah Pantai. Ini membuktikan bahawa Ahli Parlimen itu tidak penah ambil tahu tentang perkuburan islam ini.

Walau bagaimanapun, atas rasa tanggungjawap dan rasa keprihatinan UMNO CAW KG PANTAI yang sudah sekian lama mengambil berat tentang hal ehwal di kawasan perkuburan tersebut mengambil tindakan segera untuk usaha baik pulih tembok berkenaan dengan bantuan DATO RAJA NONG CHIK, Ketua Bahagian Lembah Pantai. (proses baik pulih sedang dilakukan dan masih belum siap sepenuhnya)

Secara logik, sepatutnya Nurul Izah perlu untuk menjaga kepentingan pengundi Lembah Pantai tetapi apa yang dilihat segala kerja kemasyarakatan ditanggung oleh DRNC, UMNO Bahagian dan Pej Khidmat Masyarakat BN Lembah Pantai. Nurul Izah hanya tahu memburukan BARISAN NASIONAL dengan menghadiri ceramah di luar Lembah Pantai. 

PAS MEROYAN LAGI

Salam 1Malaysia

Selepas 10 tahun menjadi President PAS dan 8 kali bertanding kerusi parlimen akhirnya Abdul Hadi Awang menawarkan untuk bertanding di kerusi Parlimen Pekan untuk PRU 13.

Mula-mula mereka bercita-cita untuk mengantikan UMNO dan kini mula memasang cita-cita untuk mengalahkan DS NAJIB di Parlimen PEKAN. Gambaran ini sudah cukup membuktikan perjuangan parti dalam PAKATAN RAKYAT sebenarnya mempunyai agenda tersendiri, mereka hanya mahukan kuasa daripada membela nasib rakyat.

Kenapa baru sekarang President PAS ini bercita-cita besar, kenapa di PRU yang lepas Abdul Hadi Awang tidak mahu bertanding di kerusi Parlimen Kubang Pasu menentang Tun Dr Mahathir Mohamad,  kerusi Parlimen Kepala Batas menentang Tun Abdullah Ahmad Badawi atau pun menentang Anwar Ibrahim di Parlimen Permatang Pauh semasa bertanding bawah tiket BN

Apa yang boleh diperkatakan PAS ini sebenarnya UNPREDICTABLE, hari kata haram esok boleh bertukar halal......







Wednesday, 31 October 2012

MEDIA SINGAPORE SAHKAN ANWAR MENIPU

Melihat daripada petikan akhbar yang dilampirkan mengenai KABINET BAYANGAN, Anwar Ibrahim mengatakan ianya hanya sesuai di negara seperti Britain atau Australia. Ini jelas menunjukan Pakatan Rakyat sebenarnya tiada hala tuju sebenar dan mereka hanya memperjuangkan cita-cita peribadi. Lepas TEKAK sendiri lagi penting daripada menjaga hati orang lain.


Saturday, 27 October 2012

NURUL IZZAH : LEMBU PUNYA SUSU SAPI DAPAT NAMA

Salam 1 Malaysia

Tatkala semua orang sibuk dengan aktiviti penyembelihan korban tanpa segan silu Nurul Izah datang dan kononya mereka lah hero dan  mencari publisiti murahan

Bagaikan LEMBU PUNYA SUSU, SAPI DAPAT NAMA itu lah peribahasa yg sesuai untuk pemimpin seperti NURUL IZAH.

Hampir ke semua lokasi penyembelihan lembu korban di sertai oleh PEMUDA UMNO. Di Balai Islam Bkt B Kerinchi, Nurul Izah mendabik dada dengan 5 ekor lembu sumbanganya, kononya dia prihatin dengan orang Melayu di Lembah Pantai.

Untuk makluman, Senator Dato' Raja Nong Chik dan UMNO Bahagian menyumbangkan hampir 84 ekor lembu di semua masjid serta surau sekitar Lembah Pantai. Untuk makluman juga sumbangan dari UMNO Bahagian Lembah Pantai dan Senator DRNC adalah seperti satu kemestian setiap tahun tetapi baru tahun ini Nurul Izah memukul canang dengan sumbangan yang diberikan. kenapa tahun ini, tidak tahun-tahun yang lepas? Pancing undi untu PRU 13 ke?

Berita yang menyedihkan berlaku di depan mata LIPAN BARA. Majlis penyembelihan lembu korban di Surau Ihsaniah KRDP, sebanyak 12 ekor lembu disembelih 7 di antaranya adalah daripada kutipan oleh jemaah Surau Ihsaniah termasuk 1ekor sumbangan daripada DRNC. 5 ekor lagi dikhabarkan  adalah dari sumbangan daripada sebuah syarikat tetapi sebenarnya adalah daripada Nurul Izah. Kemungkinan kalau di ceritakan hal sebenar, mungkin penyembelihan lembu Nurul Izah itu tidak berjaya. Aktiviti  penyembelihan itu turut diberi bantuan penuh oleh UMNO CAW KG PANTAI dan disokong oleh tenaga kerja daripada PEMUDA UMNO CAW serta AADK.

Yang menyedihkan tiada sebahagian pun Lembu yang dikhabarkan disumbangkan oleh Nurul Izah  itu dibahagikan kepada pertugas. Bukan niat untuk memburukan sekurang-kurangnya ia perlu dibahagikan kepada semua penduduk KRDP kalau ia benar-benar IKHLAS.

Gambar-gambar sekitar majlis penyembelihan di Kondo Rakyat yang dijayakan oleh UMNO CAW KG PANTAI