Saturday, 3 November 2012

PAS MEROYAN LAGI

Salam 1Malaysia

Selepas 10 tahun menjadi President PAS dan 8 kali bertanding kerusi parlimen akhirnya Abdul Hadi Awang menawarkan untuk bertanding di kerusi Parlimen Pekan untuk PRU 13.

Mula-mula mereka bercita-cita untuk mengantikan UMNO dan kini mula memasang cita-cita untuk mengalahkan DS NAJIB di Parlimen PEKAN. Gambaran ini sudah cukup membuktikan perjuangan parti dalam PAKATAN RAKYAT sebenarnya mempunyai agenda tersendiri, mereka hanya mahukan kuasa daripada membela nasib rakyat.

Kenapa baru sekarang President PAS ini bercita-cita besar, kenapa di PRU yang lepas Abdul Hadi Awang tidak mahu bertanding di kerusi Parlimen Kubang Pasu menentang Tun Dr Mahathir Mohamad,  kerusi Parlimen Kepala Batas menentang Tun Abdullah Ahmad Badawi atau pun menentang Anwar Ibrahim di Parlimen Permatang Pauh semasa bertanding bawah tiket BN

Apa yang boleh diperkatakan PAS ini sebenarnya UNPREDICTABLE, hari kata haram esok boleh bertukar halal......







Wednesday, 31 October 2012

MEDIA SINGAPORE SAHKAN ANWAR MENIPU

Melihat daripada petikan akhbar yang dilampirkan mengenai KABINET BAYANGAN, Anwar Ibrahim mengatakan ianya hanya sesuai di negara seperti Britain atau Australia. Ini jelas menunjukan Pakatan Rakyat sebenarnya tiada hala tuju sebenar dan mereka hanya memperjuangkan cita-cita peribadi. Lepas TEKAK sendiri lagi penting daripada menjaga hati orang lain.


Saturday, 27 October 2012

NURUL IZZAH : LEMBU PUNYA SUSU SAPI DAPAT NAMA

Salam 1 Malaysia

Tatkala semua orang sibuk dengan aktiviti penyembelihan korban tanpa segan silu Nurul Izah datang dan kononya mereka lah hero dan  mencari publisiti murahan

Bagaikan LEMBU PUNYA SUSU, SAPI DAPAT NAMA itu lah peribahasa yg sesuai untuk pemimpin seperti NURUL IZAH.

Hampir ke semua lokasi penyembelihan lembu korban di sertai oleh PEMUDA UMNO. Di Balai Islam Bkt B Kerinchi, Nurul Izah mendabik dada dengan 5 ekor lembu sumbanganya, kononya dia prihatin dengan orang Melayu di Lembah Pantai.

Untuk makluman, Senator Dato' Raja Nong Chik dan UMNO Bahagian menyumbangkan hampir 84 ekor lembu di semua masjid serta surau sekitar Lembah Pantai. Untuk makluman juga sumbangan dari UMNO Bahagian Lembah Pantai dan Senator DRNC adalah seperti satu kemestian setiap tahun tetapi baru tahun ini Nurul Izah memukul canang dengan sumbangan yang diberikan. kenapa tahun ini, tidak tahun-tahun yang lepas? Pancing undi untu PRU 13 ke?

Berita yang menyedihkan berlaku di depan mata LIPAN BARA. Majlis penyembelihan lembu korban di Surau Ihsaniah KRDP, sebanyak 12 ekor lembu disembelih 7 di antaranya adalah daripada kutipan oleh jemaah Surau Ihsaniah termasuk 1ekor sumbangan daripada DRNC. 5 ekor lagi dikhabarkan  adalah dari sumbangan daripada sebuah syarikat tetapi sebenarnya adalah daripada Nurul Izah. Kemungkinan kalau di ceritakan hal sebenar, mungkin penyembelihan lembu Nurul Izah itu tidak berjaya. Aktiviti  penyembelihan itu turut diberi bantuan penuh oleh UMNO CAW KG PANTAI dan disokong oleh tenaga kerja daripada PEMUDA UMNO CAW serta AADK.

Yang menyedihkan tiada sebahagian pun Lembu yang dikhabarkan disumbangkan oleh Nurul Izah  itu dibahagikan kepada pertugas. Bukan niat untuk memburukan sekurang-kurangnya ia perlu dibahagikan kepada semua penduduk KRDP kalau ia benar-benar IKHLAS.

Gambar-gambar sekitar majlis penyembelihan di Kondo Rakyat yang dijayakan oleh UMNO CAW KG PANTAI






Sunday, 7 October 2012

MIMPI TIDAK SUDAH :PAS MEROYAN PULAK


Cita-cita mengunung daripada PAS. Satu nasihat sebelum ingin mengantikan UMNO, Lipan Bara mencabar PAS untuk menjadi parti yang DOMINAN dalam pakatan rakyat.

Lipan Bara jugak mencabar kepimpinan PAS untuk mencalonkan Ahli Parlimen PAS untuk menjadi Ketua Pembangkang mengantikan Anwar Ibrahim....ada berani?

Impian parti gabungan dalam Pakatan Rakyat sebenarnya membuktikan mereka ini sebenarnya tiada hala tuju dan objektif  yang sama. Mereka semua bercita-cita untuk menjadi PM, yang selari pun kalau nampak adalah FITNAH yang ditabur kepada penyokong mereka.

Saturday, 6 October 2012

PAKATAN JIJIK : IBARAT MENJILAT NAJIS SENDIRI

DAHULU



SEKARANG


Lihatlah, bagaimana PAS & ANWAR IBRAHIM sendiri mengatakan gabungan bersama DAP ini umpama menghancurkan BANGSA MELAYU. Tapi hari ini, MELAYU seperti lupa dengan kata mereka.

PAS juga pernah mengeluarkan FATWA, haram mengundi BN sebab berkerjasama dengan parti bukan ISLAM. 

Ibarat MENJILAT NAJIS SENDIRI, mereka boleh diumpamakan seperti MENGADAIKAN BANGSA & ISLAM demi kepentingan politik dan cita-cita sendiri.





Sunday, 30 September 2012

RAMPASAN KUASA TERANCANG

Pernah tidak kita terpikir sekiranya PRU 13 ini akan berpihak kepada pembangkang.

Jika kita ungkap kisah semasa Anwar Ibrahim menjadi Timb Perdana Menteri, pada masa itu, Kapal Singh sendiri mengatakan ada bukti yang mengaitkan Anwar Ibrahim dengan kes liwat.

Sekiranya Anwar Ibrahim menjadi Perdana Menteri selepas PRU 13 dan Kapal Singh akan mengungkit semula bukti yang ada ditanganya bagi menghumban Anwar ke Sungai Buluh. Apa yang akan jadi kepada MELAYU

Kalau dilihat kepada kecenderungan pembangkang bagi PRU 12, DAP adalah parti kedua terbanyak selepas PKR yang meletakan calon untuk bertanding. Secara tidak langsung, kerusi Timb Perdana Menteri mungkin akan berpihak kepada DAP.

Pada masa itulah DAP akan mengerakan segala kapisiti yang ada untuk mengantikan tempat Anwar Ibrahim. Pada masa itulah semuanya akan berubah. Tiada lagi kuasa politik melayu, mungkin kedaulatan raja-raja akan dihapuskan dan semasa itu la MELAYU AKAN MELUKUT DI TEPI GANTANG.

Adakah kita tidak sedar? Wadah perjuangan MELAYU dah terbukti terletak dibawah UMNO. Bersamalah kita menguatkan barisan DEMI AGAMA, BANGSA & NEGARA


RENUNGKANLAH WAHAI SAHABAT

Friday, 28 September 2012

PAKU DULANG PAKU SERPIH, CAKAP ORANG MEREKA YANG LEBIH


Bila buku latihan guna gambar DS NAJIB, heboh pihak PEMBANGANG konon nya BN terdesak sampai guna kan cara ini untuk meraih undi. Bagi Lipan Bara benda ini tidak perlu dijadikan isu. Seperti kata pepatah hendak melentur buluh biar dari rebungnya. Dari bangku sekolah perlu kita mengajar generasi pelapis ni untuk mengenali pemimpin agar mereka dapat menghormati perjuangan mereka di masa akan datang. Tidak lah seperti MAHASEWEL yang memijak gambar pemimpin yang sepatutnya nya mereka hormati.


Yang lebih kelakar rupanya mereka sama sahaja, "paku dulang paku serpih, ckp orang dia org yg lebih"  terbukti kerajaan pkr Selangor mengedarkan buku latihan yang siap print kononya kejayaan pentadbiran mereka.....(sumber : blog jawa bernam )